PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

PETRONAS Memperkukuh Kedudukannya untuk Pertumbuhan Masa Depan di Tengah Peralihan Tenaga Global

2025 Media Release - 26 Feb

Sorotan Kewangan Utama (RM Bil)

Berbanding 31 Disember 2023

Note: YTD 2023 - Maklumat tempoh terdahulu dinyatakan semula bagi mematuhi pembentangan tempoh semasa

KUALA LUMPUR, 25 Feb 2025 – Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, PETRONAS mencatat penurunan pendapatan disebabkan oleh harga purata terealisasi lebih rendah.

FY2024 (Analisis berbanding FY2023)

  • Kumpulan mencatatkan pendapatan RM320.0 bilion, penurunan sebanyak 7 peratus berbanding tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh harga purata terealisasi lebih rendah, diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, pendapatan pada 2024 hanya membabitkan prestasi kewangan lima bulan bagi Kumpulan Engen sehingga ia dinyahlabur pada Mei 2024.
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) menurun sebanyak 32 peratus kepada RM55.1 bilion selari dengan harga purata terealisasi lebih rendah dan pelarasan cukai yang lebih baik pada 2023. Realisasi rizab terjemahan mata wang asing yang tidak menggalakkan, selepas pelupusan Kumpulan Engen, turut memberi kesan kepada PAT.
  • Kumpulan merekodkan EBITDA lebih rendah pada RM114.1 bilion selari dengan keuntungan yang lebih rendah.
  • Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) adalah pada RM102.5 bilion, terutamanya dipacu oleh EBITDA.
  • Pelaburan modal (CAPEX) berjumlah RM54.2 bilion, khususnya disumbangkan oleh aktiviti di Malaysia.
  • Jumlah aset berjumlah RM766.7 bilion.
  • Ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM451.2 bilion, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun berkenaan.

Separuh Kedua FY2024 (Analisis berbanding Separuh Kedua FY2023)

  • Pendapatan menurun kepada RM146.4 bilion, selari dengan harga purata terealisasi lebih rendah, sebahagian besarnya disebabkan oleh produk petroleum dan nyahlabur Kumpulan Engen.
  • PAT menurun sebanyak 44 peratus kepada RM22.7 bilion, selari dengan harga purata terealisasi lebih rendah dan pelarasan cukai pada 2023, terutamanya disebabkan pengiktirafan aset cukai tertunda.
  • EBITDA menurun kepada RM50.0 bilion selari dengan keuntungan lebih rendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata:

“Prestasi kewangan Kumpulan PETRONAS pada 2024 kekal berdaya tahan meskipun berdepan dengan landskap pasaran yang tidak menentu dan tekanan kawal selia yang semakin meningkat disebabkan oleh peralihan geopolitik global. Keputusan yang dicapai ini bersandarkan pada komitmen teguh Kumpulan terhadap pengurusan kewangan yang berhemat dan kepelbagaian portfolio.

Seiring industri berdepan dengan dinamik pasaran yang terus berubah dan akan berlanjutan melangkaui 2025, PETRONAS telah menetapkan strategi transformasi untuk mengukuhkan keupayaannya dalam menyampaikan nilai kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan, tenaga kepada pelanggan, dan impak positif kepada komuniti di mana kami beroperasi.

Melalui ketegasan disiplin dalam memperuntukkan modal dan rasionalisasi kos, pengukuhan kolaborasi dan model perkongsian yang baharu, serta kecemerlangan operasi dan komersial, PETRONAS akan menjadi lebih berorientasikan nilai, berdaya saing di peringkat global, dan tangkas dalam menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

PETRONAS akan terus komited dalam mendokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan keterjaminan tenaga sebagai syarikat minyak nasional. Transformasi ini dijangka berupaya melonjakkan institusi ini ke posisi yang lebih baik untuk terus melaksanakan mandat yang diamanahkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Tinjauan

Dinamik industri tenaga pada tahun 2024 dibentuk oleh ketidakstabilan geopolitik, perubahan polisi dan undang-undang, dan ketidaktentuan ekonomi, yang memberi impak besar kepada harga minyak dan gas. Melihat ke tahun 2025, PETRONAS berada di kedudukan strategik untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, di samping memastikan keterjaminan tenaga. Kumpulan bersedia mengemudi cabaran dengan memaksimumkan potensi aset, pengurusan kewangan yang berhemat, serta peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam usaha Kumpulan untuk terus menjadi organisasi berprestasi tinggi.

Sebagai syarikat minyak nasional di Malaysia, PETRONAS berdedikasi untuk menyokong keterjaminan tenaga negara dan pertumbuhan ekonomi, seperti yang dibuktikan oleh kemajuan Pembangunan Lapangan Gas Kasawari dan LNG Terapung 3 PETRONAS, serta penyempurnaan projek Minyak Bekok Bersepadu.

Di peringkat antarabangsa, PETRONAS komited untuk memperkukuhkan masa depan portfolionya melalui pelaburan strategik dalam pembangunan berterusan loji LNG di Kanada dan usaha Huluan di Angola dan Indonesia. Selain itu, Kumpulan telah melabur dalam projek karbon rendah dan kilang kimia khusus, dalam mengejar Strategi Peralihan Tenaga.

Rujukan

Klik di sini untuk melihat Laporan Kewangan Kumpulan PETRONAS

Klik di sini untuk melihat Laporan Operasi Kewangan Kumpulan PETRONAS

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots