Hak Cipta © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)(20076-K).
Hak Cipta Terpelihara.
Sorotan Kewangan Utama (RM Bil)
Berbanding 31 Disember 2023
KUALA LUMPUR, 25 Feb 2025 – Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, PETRONAS mencatat penurunan pendapatan disebabkan oleh harga purata terealisasi lebih rendah.
FY2024 (Analisis berbanding FY2023)
Separuh Kedua FY2024 (Analisis berbanding Separuh Kedua FY2023)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata:
“Prestasi kewangan Kumpulan PETRONAS pada 2024 kekal berdaya tahan meskipun berdepan dengan landskap pasaran yang tidak menentu dan tekanan kawal selia yang semakin meningkat disebabkan oleh peralihan geopolitik global. Keputusan yang dicapai ini bersandarkan pada komitmen teguh Kumpulan terhadap pengurusan kewangan yang berhemat dan kepelbagaian portfolio.
Seiring industri berdepan dengan dinamik pasaran yang terus berubah dan akan berlanjutan melangkaui 2025, PETRONAS telah menetapkan strategi transformasi untuk mengukuhkan keupayaannya dalam menyampaikan nilai kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan, tenaga kepada pelanggan, dan impak positif kepada komuniti di mana kami beroperasi.
Melalui ketegasan disiplin dalam memperuntukkan modal dan rasionalisasi kos, pengukuhan kolaborasi dan model perkongsian yang baharu, serta kecemerlangan operasi dan komersial, PETRONAS akan menjadi lebih berorientasikan nilai, berdaya saing di peringkat global, dan tangkas dalam menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.
PETRONAS akan terus komited dalam mendokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan keterjaminan tenaga sebagai syarikat minyak nasional. Transformasi ini dijangka berupaya melonjakkan institusi ini ke posisi yang lebih baik untuk terus melaksanakan mandat yang diamanahkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Tinjauan
Dinamik industri tenaga pada tahun 2024 dibentuk oleh ketidakstabilan geopolitik, perubahan polisi dan undang-undang, dan ketidaktentuan ekonomi, yang memberi impak besar kepada harga minyak dan gas. Melihat ke tahun 2025, PETRONAS berada di kedudukan strategik untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, di samping memastikan keterjaminan tenaga. Kumpulan bersedia mengemudi cabaran dengan memaksimumkan potensi aset, pengurusan kewangan yang berhemat, serta peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam usaha Kumpulan untuk terus menjadi organisasi berprestasi tinggi.
Sebagai syarikat minyak nasional di Malaysia, PETRONAS berdedikasi untuk menyokong keterjaminan tenaga negara dan pertumbuhan ekonomi, seperti yang dibuktikan oleh kemajuan Pembangunan Lapangan Gas Kasawari dan LNG Terapung 3 PETRONAS, serta penyempurnaan projek Minyak Bekok Bersepadu.
Di peringkat antarabangsa, PETRONAS komited untuk memperkukuhkan masa depan portfolionya melalui pelaburan strategik dalam pembangunan berterusan loji LNG di Kanada dan usaha Huluan di Angola dan Indonesia. Selain itu, Kumpulan telah melabur dalam projek karbon rendah dan kilang kimia khusus, dalam mengejar Strategi Peralihan Tenaga.
Rujukan
Klik di sini untuk melihat Laporan Kewangan Kumpulan PETRONAS
Klik di sini untuk melihat Laporan Operasi Kewangan Kumpulan PETRONAS