Media Release

21 · Feb · 2025
PCG Merekodkan PAT Sebanyak RM1.3 Bilion untuk FY2024 didorongi peningkatan prestasi operasi disebalik cabaran pasaran
  • Kadar Penggunaan Loji pada 91%
  • Pendapatan sebanyak RM30.7 bilion
  • EBITDA sebanyak RM3.5 bilion
  • Jumlah dividen sebanyak RM1.0 bilion

Kuala Lumpur, 21 Februari – PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG atau Kumpulan) telah mengumumkan keputusan kewangan untuk suku keempat (4Q 2024) dan tahun kewangan diaudit berakhir 31 Disember 2024 (FY2024).

 

Kumpulan merekodkan peningkatan pendapatan sebanyak 7% kepada RM30.7 bilion pada FY2024, didorong pertumbuhan volum jualan bagi tiga segmen perniagaan, membuktikan ketahanan operasi. Walau bagaimanapun keuntungan mengalami tekanan disebabkan oleh pasaran yang mencabar. Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun dari tahun ke tahun sebanyak 7% kepada RM3.5 bilion berikutan penyebaran produk yang semakin menurun dan kos operasi yang semakin meningkat. Keuntungan Selepas Cukai (PAT) menurun sebanyak 26% kepada RM1.3 bilion selaras dengan EBITDA lebih rendah dan bahagian kerugian dari syarikat usaha sama dan syarikat bersekutu.

 

Sorotan segmen

Kitaran yang menurun bagi sektor kimia telah berlanjutan lebih lama daripada jangkaan disebabkan oleh permintaan global yang tidak berkembang dengan keadaan bekalan yang berlebihan. Keadaan geopolitik, ketegangan perdagangan antarabangsa, kos tenaga, dan kesan iklim dengan pemulihan pasaran yang berbeza-beza merentasi rantau juga telah menyumbang kepada campuran ekonomi yang tidak menentu. Selain itu, peningkatan ketara daripada kapasiti yang baharu dibina, terutamanya di Asia Timur Laut, melebihi pertumbuhan permintaan dan telah memberikan kesan dalam mengekalkan tekanan ke atas harga dan margin.

 

PCG telah menempuhi cabaran ini dengan kepelbagaian penawaran produknya dan memanfaatkan segmen Baja dan Metanol (F&M) melalui permintaan dan harga urea dan metanol yang stabil di rantau Asia Pasifik sepanjang 2024. Kumpulan juga mendapat manfaat daripada peningkatan kecekapan loji dan pengurangan masa henti, meskipun aktiviti pemulihan di empat loji pembuatannya. Ini menyebabkan kadar penggunaan loji purata 91% berbanding 85% pada 2023 yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran dan jumlah jualan produk kimia komoditi dalam segmen Olefin dan Derivatif (O&D) dan F&M.

 

Segmen O&D juga merekodkan pertumbuhan jumlah pengeluaran daripada Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PPC), yang memulakan operasi komersial pada 30 November 2024. Walau bagaimanapun, pertumbuhan volum dan pendapatan bagi segmen tersebut telah dimansuhkan oleh penyebaran produk yang lebih rendah, kos operasi loji yang lebih tinggi, dan kesan pertukaran mata wang asing yang merugikan.

 

EBITDA bagi segmen bahan kimia khusus hampir berganda didorongi volum jualan yang lebih tinggi dan kos stok suapan yang lebih rendah.

 

Sorotan kewangan suku tahunan

Berbanding suku 3Q 2024, pendapatan pada 4Q 2024 menurun 7% kepada RM7.5 bilion terutamanya akibat harga purata produk yang lebih rendah dan pengukuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat. Kumpulan merekodkan PAT sebanyak RM539 juta, membalikkan Kerugian Selepas Cukai sebanyak RM762 juta yang direkodkan pada suku terdahulu.

 

PCG mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 3 sen sesaham yang berjumlah RM240 juta. Jumlah dividen yang diisytiharkan pada FY2024 sebanyak RM1.0 bilion, mewakili 89% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Tanpa Kawalan (PATANCI).

 

 

Sorotan utama 4Q 2024 berbanding 3Q 2024

 

  • Kadar penggunaan loji Kumpulan purata dicatatkan pada 95% (3Q 2024: 92%) yang menyumbang kepada perningkatan dalam pengeluaran dan jumlah jualan bahan kimia komoditi.
  • Pendapatan menurun sebanyak 7% kepada RM7.5 bilion (3Q 2024: RM8.0 bilion) kerana harga jualan purata dan jumlah jualan yang lebih rendah dalam segmen bahan kimia khusus.
  • Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) meningkat sebanyak 28% kepada RM710 juta (3Q 2024: RM554 juta) terutamanya daripada impak positif pertukaran mata wang asing. Margin EBITDA meningkat kepada 10% (3Q 2024: 7%).
  • Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat kepada RM539 juta (3Q 2024: LAT RM762 juta) selaras dengan perningkatan EBITDA dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasi atas penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada PPC.
  • Dividen interim kedua sebanyak 3 sen sesaham telah diisytiharkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. Dividen berjumlah RM240 juta akan dibayar pada 20 Mac 2025. Jumlah dividen yang telah diisytiharkan pada FY2024 sebanyak RM1.0 bilion, mewakili 89% daripada Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Tanpa Kawalan (PATANCI).

 

Kenyataan CEO dan dan prospek masa depan

Mengulas mengenai 2024, Mazuin Ismail, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG berkata, “Kami telah mencapai sasaran operasi pada tahap penggunaan loji di atas 90% untuk segmen O&D dan F&M walaupun berdepan dengan cabaran pada awal tahun ini. Segmen bahan kimia khusus juga mencatatkan peningkatan jualan walaupun berdepan dengan kekangan bekalan serta permintaan yang meningkat untuk oxo dan poliol.”

 

Keadaan pasaran dijangka kekal untuk tahun 2025 berikutan ketidaktentuan disebabkan perubahan polisi geoekonomi dan potensi tindak balas daripada negara-negara terjejas, dengan keadaan geopolitik yang berterusan. “Kita masih perlu menghadapi cabaran lebihan bekalan produk petrokimia global, walaupun permintaan akan pulih kerana penambahan kapasiti dijangka akan melebihi pertumbuhan permintaan sebanyak 50% tahun ini. Dari akhir 2024 memasuki 2025, kami menyaksikan penuruan harga dan margin O&D, dengan margin bersepadu di Asia Tenggara menunjukkan tanda-tanda akan kekal rendah,” tambah Mazuin.

 

“Untuk PCG, ketahanan dan kecekapan adalah kunci untuk menghadapi persekitaran yang mencabar. Kami fokus untuk memastikan operasi yang selamat dan efisien, memantau pasaran dengan rapi, serta memperkukuhkan lagi disiplin kewangan kami,” akhiri beliau.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  

 

Yogeswari Thangavelu

Perhubungan Media & Komunikasi, Jabatan Komunikasi Strategik & Pentadbiran 

PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)

E : yogeswari.thangavel@petronas.com