Komitmen Hak Asasi Manusia
PETRONAS komited untuk menghormati hak asasi manusia yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa di kawasan operasinya, sekali gus mematuhi Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan, serta semua keperluan undang-undang yang berkaitan.
Landskap operasi luaran telah berubah secara drastik dalam dekad yang lalu. Industri minyak dan gas juga semakin banyak beroperasi dalam persekitaran yang kompleks dengan isu-isu sosial yang menjadi masalah utama. Pendekatan proaktif mengenai risiko berkaitan Hak Asasi Manusia adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang syarikat. Kami telah memperluas tumpuan untuk memastikan kesejahteraan komuniti setempat menjadi keutamaan semasa menjalankan operasi harian.
Hak Asasi Manusia didefinisikan sebagai piawaian asas perlakuan untuk semua orang tanpa mengira antara lainnya kewarganegaraan, agama dan bahasa. Terdapat 30 hak asasi manusia yang disenaraikan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Universal. Antara isu yang difahami sebagai hak asasi manusia termasuklah tanpa diskriminasi, kebebasan berpersatuan, pendidikan, hak atau akses kepada udara dan air bersih.
Objektif Komitmen Hak Asasi Manusia PETRONAS adalah untuk memastikan aktiviti PETRONAS ditadbir oleh prinsip hak asasi manusia, undang-undang, amalan industri dan piawaian terbaik untuk menguruskan impak di kawasan operasi kami.
Komitmen ini adalah terpakai kepada semua pekerja dalam Kumpulan Syarikat PETRONAS, kontraktor, subkontraktor dan mana-mana pihak ketiga dalam premis PETRONAS atau menjalankan kerja dan/atau perniagaan bagi atau atas nama PETRONAS, selaras dengan Kod Tatakelakuan Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia.
Hak Asasi Manusia diletakkan di lima bidang utama Kerangka Prestasi Sosial PETRONAS yang boleh mempengaruhi aktiviti operasi iaitu, Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Sosioekonomi & Budaya.
Komitmen ini meliputi:
- Keadaan buruh dan kerja
- Keselamatan pihak ketiga
- Rantaian bekalan
- Kesejahteraan komuniti
Untuk menyokong pelaksanaan Komitmen ini, Kumpulan HSE - Penjaga Komitmen Hak Asasi Manusia - telah menjalankan beberapa program latihan hak asasi manusia untuk pekerjanya dan membangunkan garis panduan untuk pelaksanaannya.
Penjajaran dengan amalan/piawai industri mengenai hak asasi manusia adalah penting. PETRONAS merupakan ahli aktif Persatuan Pemeliharaan Alam Sekitar Industri bagi Industri Petroleum Antarabangsa (IPIECA), persatuan global industri minyak dan gas bagi isu-isu alam sekitar dan sosial, dan menyumbang kepada projek pembelajaran kolaboratif mengenai hak asasi manusia.