PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Pembangunan & Pengeluaran

Kami menjalankan operasi bertaraf dunia yang berorientasikan nilai dengan memberikan keutamaan tertinggi kepada Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (Health, Safety, Security and Environment, HSSE) serta Integriti Aset.

Pembangunan & Pengeluaran PETRONAS (D&P)

Aktiviti terdiri daripada fungsi-fungsi yang digabungkan untuk perniagaan Huluan kami di Malaysia dan Aset Antarabangsa, serta sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE).

Kami menjalankan operasi bertaraf dunia yang berorientasikan nilai dengan memberikan keutamaan tertinggi kepada Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE) serta Integriti Aset.

CoE D&P, yang merangkumi Kejuruteraan Petroleum, Telaga Minyak, Kecemerlangan Operasi, Ekonomi Petroleum, Perancangan Sumber Global dan Pembangunan Keupayaan, serta Digital Huluan (Upstream Digital) secara kolektif menyediakan operasi berorientasikan nilai dalam penyelesaian teknikal dan komersial. Perkara ini dilaksanakan dengan kerjasama Aset, CoE Eksplorasi, Pelaksanaan Projek dan Teknologi (PD&T), serta Digital Kumpulan (Group Digital) untuk menyokong pertumbuhan perniagaan.

Pembangunan Keupayaan kami melibatkan pembinaan tenaga kerja berprestasi tinggi dengan menawarkan program-program pembangunan keupayaan yang berstruktur melalui perkongsian kukuh dengan institusi pembelajaran kami, seperti Loji Latihan Huluan Hiliran (Upstream Downstream Training Plant, UDTP). Terletak di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), institusi ini merupakan yang pertama dalam kategorinya di Asia dan mungkin yang terbesar di dunia. UDTP disokong oleh tiga (3) akademi teknikal:

Operasi

(Eksplorasi & Pengeluaran, Proses & Analitik)

Penyelenggaraan

(Elektrik, Mekanik & Pemeriksaan, Instrumentasi)

Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar

(HSE)

Program-program ini difokuskan untuk menyerlahkan potensi penuh pelbagai bakat kami merentas sempadan geografi bagi memastikan tahap kecekapan teknikal yang tinggi.

Kami terus memimpin inovasi dalam bidang Pemulihan Minyak Dipertingkatkan (Enhanced Oil Recovery, EOR), selepas memperkenalkan EOR Air Berselang-seli Gas (Water Alternating Gas, WAG) luar pesisir. Usaha EOR kami termasuk:

1

Projek Tapis EOR luar pesisir di Semenanjung Malaysia, WAG EOR Luar Pesisir Pertama di Dunia.

2

EOR Air Berselang-seli Gas Serentak Berbantu Graviti (Gravity Assisted Simultaneous Water Alternating Gas(GASWAG)).

Teknologi kami digunakan untuk membangunkan medan minyak luar pesisir di Sabah, Malaysia dan dijangka meningkatkan pemulihan sumber medan tersebut sebanyak lebih 50 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Kami telah membangunkan kaedah yang tepat untuk menjana nilai dan komited untuk mencari penyelesaian teknikal yang tepat untuk medan tersebut, bermula dengan penyelesaian pengimejan-geo sehinggalah cara yang lebih berkesan dari segi kos untuk menyingkirkan pencemaran. Penyelesaian teknologi kami termasuk:

Peningkatan Hasil

Kami telah membangunkan penyelesaian teknologi penyingkiran pencemaran dan operasi yang diiktiraf untuk meningkatkan penjanaan hasil melalui aset kami.

Pemulihan Minyak Dipertingkatkan Luar Pesisir

Teknologi Pemulihan Minyak yang Lebih Baik, Pemulihan Gas yang Lebih Baik, dan Teknologi Penggerudian Telaga Tambahan (Infill Drilling) telah membolehkan kami untuk meluaskan daya maju medan minyak dan gas yang telah lama mengeluarkan hasil.

Medan CO₂ yang Tinggi

Kami secara lestari meraih hasil medan gas dengan kandungan karbon dioksida yang tinggi sambil meminimumkan impak alam sekitar melalui penyelesaian untuk penangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon.

Teknologi Laut Dalam

Kami sedang membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dengan memanfaatkan perkembangan baharu dalam eksplorasi dan pengeluaran di perairan laut dalam.

Membuat Keputusan Tepat

Kami mampu membuat keputusan yang lebih baik tentang di mana, bila, dan bagaimana untuk mendekati reservoir bagi mendapatkan pulangan terbesar dengan algoritma pemodelan proprietari kami.

Tekanan Tinggi Suhu Tinggi

Kami telah membuat beberapa penemuan di bawah keadaan yang ekstrem ketika menggerudi telaga minyak tekanan tinggi suhu tinggi (HPHT) pada tahun 2007. Dengan kemampuan, proses, dan penyelesaian yang tepat, kami memiliki penyelesaian kejuruteraan yang terunggul, dan pada masa yang sama menghasilkan prestasi kos dan kecekapan operasi yang hebat.

Terminal Gas Terengganu (TGAST)

Terletak di Kertih, Terengganu, fasiliti canggih kami dilengkapi teknologi penyingkiran karbon dioksida (CO2) kami sendiri.

Kami juga menggalakkan pembangunan sumber yang ditemukan untuk menggalakkan landskap minyak dan gas yang dinamik.

 

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots