Penipu lazimnya menawarkan peluang pekerjaan palsu kepada pencari kerja sebagai salah satu daripada cara mereka untuk memperoleh wang atau data peribadi yang dapat digunakan dalam pencurian identiti.
PETRONAS menyedari wujudnya individu atau organisasi tidak sah yang menggunakan nama PETRONAS secara palsu menerusi e-mel untuk merekrut pemohon kerja atau masyarakat umum atas nama PETRONAS dan meminta wang pendahuluan untuk memperoleh dokumen imigresen termasuk visa atau permit kerja bagi jawatan ekspatriat di Kumpulan PETRONAS.
PETRONAS ingin menekankan bahawa syarikat tidak pernah memberikan kebenaran terhadap pengambilan pekerja melalui e-mel. Walau bagaimanapun, PETRONAS secara berkala melantik agensi pengambilan dan/atau penempatan untuk membantu kami menarik calon berpotensi bagi jawatan-jawatan tertentu. PETRONAS mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan respons kepada e-mel atau apa-apa emel seumpamanya.
Rujuk halaman Penipuan Pekerjaan di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.