PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemajuan Tenaga

Bahan Kimia

Ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) ialah sebahagian daripada kumpulan PETRONAS yang terkemuka dalam industri penghasilan bahan kimia bersepadu di Malaysia. Kami terlibat dalam rangkaian pembuatan, pemasaran, dan penjualan pelbagai jenis bahan kimia.

PETRONAS Chemical Group Berhad (PCG)

 

Melalui PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG), kami terus memenuhi keperluan semasa melalui 19 hab pembuatan bertaraf dunia dan 30 loji pengeluaran yang mempunyai gabungan kapasiti sebanyak 15.4 juta tan metrik setahun.

Sebagai pengeluar kimia bersepadu dan antara yang terbesar di Asia Tenggara, kami terlibat terutamanya dalam pembuatan, pemasaran, dan penjualan produk kimia yang pelbagai, termasuk olefin, polimer, baja, metanol, bahan kimia asas dan derivatif lain, serta bahan kimia khusus.

Selaras dengan visi kami untuk menjadi syarikat bahan kimia pilihan yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan, kami terus memberikan komitmen sepenuhnya kepada rakan niaga dan pelanggan kami.

Demi pemasaran dan jangkauan yang lebih global, kami mempunyai pejabat jualan di 22 buah negara serta pejabat perwakilan di Filipina dan Vietnam.

Tersenarai di Bursa Malaysia melebihi tiga dekad dalam industri bahan kimia, PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan standard yang diiktiraf di peringkat global untuk amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (EESG). PCG kini tersenarai dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan meraih kedudukan 10% teratas dalam industri Bahan Kimia bagi Indeks Kelestarian Dow Jones™.

 

 

Usaha Kelestarian Kami

Kelestarian sentiasa menjadi bahagian yang penting dalam perniagaan PCG demi mewujudkan pertumbuhan sosioekonomi jangka panjang dan pada masa yang sama meminimumkan kesan ke atas alam sekitar.

Sebagai pengeluar resin polimer terbesar di Asia Tenggara, PCG komited untuk menyokong pencepatan peralihan negara kepada Ekonomi Plastik Baharu (New Plastics Economy, NPE) dalam sokongan kepada Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Penggunaan Plastik Sekali Guna Sifar.

Langkah ini adalah penting dalam mengurangkan pencemaran sisa plastik dalam melindungi alam sekitar dan komuniti daripada perubahan iklim.

Dalam usaha kami untuk beralih kepada ekonomi pusingan melalui pengoptimuman rantaian nilai plastik, PCG terus terlibat dalam pelbagai usaha untuk mencapai matlamat kelestarian kami. PCG akan membina loji kitar semula bahan kimia tercanggih dan terbesar di Asia dengan kapasiti sebanyak 33 ribu tan setahun (ktpa) dengan kerjasama Plastics Energy sebagai pembekal teknologi dalam pembangunan loji.

PCG juga membangunkan dan mengedarkan modul Pendidikan 'Plastik, Kelestarian & Anda' (PSYE) kepada sekolah dan komuniti terpilih di kawasan operasi kami untuk meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa plastik yang bertanggungjawab dalam kalangan komuniti. Program inisiatif Be Green juga diadakan untuk menyampaikan pengetahuan tentang kelestarian, plastik, dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab serta mewujudkan kesedaran tentang gaya hidup yang lestari.

Selain itu, PCG juga mengusahakan inisiatif kelestarian yang lain, termasuk pempelbagaian tawaran produknya ke atas produk berasaskan bio. Dengan sasaran pengeluaran pada skala komersial, PCG sedang menilai teknologi dalaman untuk menukar biojisim kelapa sawit kepada Bio-Monoetilena Glikol (Bio-MEG) untuk pembuatan botol air mineral.

PCG juga memperkenalkan cecair diesel lebih mesra alam sekitar, PETRONAS AireBlue™, pada tahun 2019 yang menukarkan pengeluaran Nitrogen Oksida (NOx) oleh kenderaan diesel kepada nitrogen dan air yang tidak berbahaya. Produk ini meningkatkan keberkesanan kenderaan dalam mengurangkan pelepasan NOx sambil memanjangkan hayat pengubah bermangkin kenderaan diesel.


 

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots