Hak Cipta © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)(20076-K).
Hak Cipta Terpelihara.
Memacu kemajuan Asia Tenggara
dengan tenaga semula jadi unggul
Memacu kemajuan Asia Tenggara dengan tenaga semula jadi unggul
Di Malaysia, kami menjadikan gas asli sangat mudah diakses melalui rangkaian saluran paip Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) sepanjang >2,600km yang membekalkan gas telah diproses kepada pelanggan di seluruh negara, termasuklah Thailand dan Singapura.
Selain gas yang diproses, kami juga membekalkan stim, tenaga dan gas perindustrian melalui Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh di Terengganu dan Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang.
Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda
Penyelesaian direka khas, khusus untuk anda
Sebagai rakan kongsi penyelesaian tenaga bagi karbon lebih rendah yang dipercayai, kami menawarkan pelbagai penyelesaian gas asli yang mudah diakses untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda.
Pemprosesan Gas
Kilang pemprosesan kami memproses gas asli untuk memastikannya selamat dan sedia untuk digunakan dalam pelbagai sektor dan industri.
Penghantaran Gas
Kami menghantar gas jualan kepada sektor tenaga, kilang petrokimia dan pelbagai industri dengan rekod prestasi pengendalian yang cemerlang selama lebih 30 tahun.
Regasifikasi
Dengan kapasiti dan terminal tambahan, kami menyokong pengimportan LNG ke Malaysia dan pertumbuhan industri gas negara.
Utiliti
Pengeluaran utiliti yang disediakan kepada pelanggan merentasi pelbagai industri.
- Elektrik & Stim
- Gas Industri
- Air Dirawat
- Elektrik & Stim
- Gas Industri
- Air Dirawat
Akses Pihak Ketiga
Kami telah membuka infrastruktur bagi Akses Pihak Ketiga sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong liberalisasi pasaran gas domestik.