PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kerjaya

Warga Kerja PETRONAS

Bersemangat, pelbagai, dan diperkasakan. Ketahui pandangan kakitangan
terhadap organisasi kami yang unik dan progresif.

Para Pemimpin Kami

YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PETRONAS

"Aset PETRONAS yang terbesar dahulu, kini dan masa depan ialah warga kerjanya. Pencapaian yang telah kami kecapi sejak bertahun-tahun semuanya disumbangkan oleh dedikasi dan kegigihan tenaga kerja kami yang tiada bandingannya. Merekalah pasukan inovatif, dinamik dan berani yang terus mendorong kemajuan organisasi ini."

Warga Kami

 

Kenyataan Kepelbagaian & Rangkuman PETRONAS

Menerusi pengalaman yang diraih kami belajar bahawa kepelbagaian idea, pandangan dan latar mencipta persekitaran kerja yang lebih progresif dan kreatif, lantas menjana hasil yang lebih bermakna. Oleh itu, PETRONAS berpegang kepada konsep perpaduan melalui kepelbagaian, yang membolehkan kami menghormati antara satu sama lain dan bekerja sebagai sebuah pasukan di sebalik wujudnya pelbagai perbezaan.

"Pegangan Budaya PETRONAS baharu (PCB) dan Bersama Maju ke Hadapan (MFT) adalah tepat pada masanya dan diperlukan untuk kita bergerak maju sebagai satu PETRONAS. Saya gembira melihat kita semua menanam nilai rangkuman dan kepelbagaian serta meninggalkan kecenderungan untuk mengutamakan kelompok tertentu sahaja."
Eksekutif, Penyelesaian Teknikal Kumpulan, Pelaksanaan Projek & Teknologi, Malaysia.

"Satu perkara yang dilakukan PETRONAS dengan cemerlang adalah dalam hal kepelbagaian. Kepelbagaian dan rangkuman tempat kerja di sini adalah sangat mengagumkan. Sejak bertahun-tahun lamanya, mengambil pekerja daripada pelbagai latar belakang untuk menambah nilai kepada perniagaan menjadi isu yang lebih penting daripada sekadar mempertimbangkan faktor usia, jantina dan bangsa. Kesedaran juga dapat dilihat semakin meningkat apabila banyak pemimpin perniagaan kini sedar bahawa menggalakkan kepelbagaian di tempat kerja mempunyai beberapa manfaat yang ketara kepada syarikat dan pekerjanya."
Pengurusan Pertengahan, Pengurusan Risiko Kumpulan Malaysia.
 

Kisah Kami

PETRONAS’ Talent Commitment in Achieving Net Zero Carbon Emissions

People of PETRONAS: Rolando Rubio Pacheco

People of PETRONAS: Dr Mikhail Savory

 

People of PETRONAS: Chandramalar A V Muthiah

People of PETRONAS: Azalina Hassan


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots