PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Minyak Pelincir

Kami menghasilkan formula kemenangan melalui rangkaian penuh produk automotif dan industri yang berkualiti tinggi untuk penggunaan berpacukan prestasi, walaupun dalam keadaan yang paling mencabar. Kami juga merupakan antara perintis dalam industri yang memperkenalkan rangkaian bendalir automobil untuk kenderaan elektrik. PETRONAS Iona, bendalir khas kami untuk kenderaan elektrik, menyokong agenda mobiliti hijau Syarikat.

PETRONAS Lubricants International (PLI)

Di PETRONAS Lubricants International (PLI), kami memanfaatkan teknologi, kemahiran, dan pengetahuan untuk menawarkan rangkaian lengkap pelincir dan bendalir berfungsi yang memenangi kejuaraan kepada pengguna, komersial, dan industri di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, PLI juga mempunyai pejabat di seluruh dunia termasuk Turin, Belo Horizonte, Beijing, dan Chicago. Melalui Fluid Technology Solutions™, kami mengambil pendekatan yang cekap untuk memaksimumkan prestasi kenderaan, seperti yang terbukti dengan lapan kejuaraan Formula One World Constructors Championships dan 115 kemenangan Grand Prix oleh pasukan Formula One™ Mercedes-AMG PETRONAS.

Kepakaran kami dalam Fluid Technology Solutions™ merintis jalan bagi kami untukmenghasilkan rangkaian produk yang lestari seperti minyak asas Etro + dan minyak enjin PETRONAS Syntium Hybrid, selaras dengan peralihan yang lebih kukuh kepada tenaga baharu. Sebagai peneraju bendalir automobil untuk kenderaan elektrik dengan PETRONAS Iona, kami akan meningkatkan kehadiran dalam bidang ini dengan berinovasi secara berterusan dalam penyelesaian generasi seterusnya bagi segmen pasaran ini.

Melalui pusat Penyelidikan dan Teknologi (R&T) kami di Itali, China, Brazil, Amerika Syarikat, dan Malaysia, kami terus memperhalus dan menambah baik Fluid Technology Solutions™ untuk prestasi yang lebih mantap di litar perlumbaan dan jalan raya, serta penggunaan pertanian dan industri.

Formula One

PETRONAS bukan sekadar Rakan Kongsi Nama, tetapi yang lebih penting sebagai Rakan Kongsi Teknikal kepada pasukan Formula One™️ Mercedes-AMG PETRONAS. Melalui Perkongsian Rakan Teknikal ini, PETRONAS telah membangunkan PETRONAS Fluid Technology Solutions™️ yang hebat, yang memperkasakan Silver Arrows dalam meraih lapan kejuaraan berturut-turut Formula One World Constructors' Championships serta 115 kemenangan Grand Prix. 

Pengalaman di trek kemudiannya digunakan untuk merumuskan rangkaian lengkap bahan api PETRONAS Primax, pelincir PETRONAS Syntium dengan teknologi CoolTech+™ TM, dan bendalir PETRONAS Tutela untuk memberikan prestasi, kecekapan, dan perlindungan optimum kepada pengguna jalan raya.

Memandangkan Formula One™ kini bergerak ke arah bahan api lestari pada tahun 2026, PETRONAS akan dilengkapi kapasiti dan keupayaan yang sepenuhnya untuk menghasilkan dan membekalkan 100% bahan api termaju lestari kepada unit kuasa Formula One™ generasi yang seterusnya.

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots