PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Penapisan

Kisah PETRONAS memaksimumkan nilai minyak mentah bermula di sini. Dengan memanfaatkan teknologi canggih, infrastruktur dan kepakaran termaju, kami menapis minyak mentah menjadi produk petroleum berkualiti tinggi dan bernilai tambah yang memenuhi keperluan pelbagai segmen industri dan pasaran.

PETRONAS menapis minyak mentah menjadi produk petroleum yang berkualiti tinggi dan bernilai tambah dengan kapasiti penyulingan melebihi 700 kilo tong sehari (kbpd) untuk memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa.

Kami memanfaatkan teknologi canggih yang sesuai, infrastruktur termaju, dan kepakaran untuk memastikan kebolehpercayaan loji bertaraf dunia dan bekalan berterusan, yang penting untuk pengangkutan, penjanaan tenaga, dan penggunaan industri.

Dorongan ke arah penyampaian nilai yang malar kekal berterusan sambil kami bergerak maju dalam menyediakan bahan bakar lestari, termasuk Bahan Bakar Penerbangan Lestari (SAF) dan Minyak Sayuran Hidrogenasi (HVO) melalui pembangunan tersusun biopenapisan dan pemprosesan bersama greenfield di fasiliti sedia ada.

Peralihan daripada bahan bakar fosil kepada produk karbon rendah akan membolehkan kami menyumbang kepada masa depan yang lestari dengan alternatif tenaga yang praktikal dan bersih.

Kompleks Bersepadu Pengerang

Kompleks Bersepadu Pengerang merupakan pusat penapisan dan petrokimia bertaraf dunia yang memanfaatkan kelebihan reka bentuknya untuk memberikan tenaga bersih dan penyelesaian karbon rendah melalui model perniagaan lestari yang disokong oleh kecemerlangan operasi. 

Fasiliti ini menukarkan minyak mentah menjadi bahan bakar berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan negara, dan pada masa yang sama, ia menghasilkan petrokimia premium dan unik yang digunakan dalam menghasilkan pelbagai barangan pengguna yang mempunyai permintaan dan berkualiti tinggi.

PIC juga memainkan peranan yang penting dalam membantu PETRONAS mencapai matlamat karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Untuk tujuan itu, beberapa projek lestari seperti biopenapisan dan projek tenaga solar sedang dilaksanakan. 

Kemudahan-kemudahan PIC seperti taman plastik dan bahan kimia halus, taman industri ringan dan sederhana, pusat pengurusan sisa, serta pusat logistik dan perdagangan, yang Kompleks Bersepadu Pengerang yang mempunyai permintaan dan berkualiti tinggi seperti kesemuanya menyumbang kepada kedudukan pusat ini sebagai satu kuasa ekonomi utama di rantau ini.

Selain itu, lokasinya yang strategik yang berdekatan dengan laluan perkapalan antarabangsa penting dan pusat permintaan memberikan kelebihan berdaya saing bagi memberikan perkhidmatan yang lebih bermutu kepada pelanggan.

0 Lihat PIC


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots