PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Menghargai Alam
Semula Jadi

  • Alam Semula Jadi dan Biodiversiti
  • Ekonomi Kitaran
  • Pengurusan Alam Sekitar

Mengapa Ianya Penting

Biodiversiti ialah keseluruhan kehidupan di bumi merangkumi flora, fauna,organisma mikro, ekosistem dan habitat serta hubung kait antara semuanya.

Kami bergantung kepada rangkain kehidupan ini, daratan dan marin, untuk mendapatkan akses kepada air segar, makanan, ubat-ubatan dan iklim yang stabil - semuanya membantu mengekalkan mata pencarian, kesihatan manusia dan ekonomi.

Ketidakupayaan untuk memulihara dan melindungi biodiversiti akan menjejaskan manfaat yang disediakannya. Sebagai contoh, hutan dan tanah paya adalah penting dalam usaha memerangi perubahan iklim dengan memerangkap karbon selain menyediakan habitat untuk pelbagai spesies, melindungi pantai dan menyokong komuniti setempat sebagai sumber mata pencarian.

PETRONAS juga bergantung kepada biodiversiti dan rangkaian ekosistem seperti air, tanah dan marin.

Oleh itu, kami secara proaktif berusaha untuk melindungi dan, jika perlu, mengurangkan kehilangan biodiversiti untuk mengelakkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, yang boleh memberi kesan kepada keupayaan kami untuk menyampaikan matlamat perniagaan kami dan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050. Dalam konteks ini, melindungi biodiversiti adalah amat penting kepada PETRONAS.

 

Pendekatan Kami

Pada tahun 2022, PETRONAS telah menetapkan kedudukan kami mengenai alam semula jadi dan kepelbagaian biologi (Kedudukan) bagi meningkatkan jangkauan kawalan terhadap jejak alam semula jadi dan kepelbagaian biologi kami di peringkat perusahaan dan memperkukuhkan pencapaian aspirasi Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Dalam menetapkan kedudukan ini, PETRONAS berpandu kepada pelbagai perjanjian antarabangsa dan dasar nasional seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Dasar Kepelbagaian Biologi Nasional Malaysia 2016-2025, serta amalan terbaik industri daripada organisasi seperti Ipieca (iaitu pertubuhan minyak dan gas global untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan sosial dalam peralihan tenaga) dan Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Lestari (WBCSD).

Kedudukan ini terdiri daripada lima bidang tindakan yang menunjukkan kepemimpinan yang jelas dalam pemuliharaan alam semula jadi dan biodiversiti, dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber yang tepat untuk memberi kesan positif kepada negara dan rantau ASEAN, dan negara-negara di mana kami beroperasi.

Lima Bidang Tindakan Kami

 

title

 

* Nilai Universal Cemerlang, yang bermaksud kepentingan budaya dan/atau semula jadi yang begitu luar biasa sehingga melampaui sempadan negara dan menjadi kepentingan bersama untuk generasi kini dan akan datang bagi semua manusia.

Akan ditentukan menggunakan analisis akhir pemprofilan risiko Perkhidmatan Ekosistem dan Biodiversiti (BES) dengan menggunakan Alat Penilaian Biodiversiti Bersepadu (IBAT).
** [Sumber: Pusat Warisan Dunia UNESCO - Kompendium]

Pada tahun 2023, kami menyertakan pelaporan lokasi operasi PETRONAS Malaysia di Kawasan Terlindung dan Kawasan Biodiversiti Utama. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan data daripada Alat Penilaian Biodiversiti Bersepadu (IBAT).Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenal pasti aset yang mempunyai pengkategorian risiko "Sangat Tinggi" dan "Tinggi".

 

Peta untuk memaparkan usaha pemuliharaan biodiversiti PETRONAS melalui Impak Sosial di seluruh dunia

title

 

Mengapa Ianya Penting

Ekonomi kitaran ialah pendekatan sistemik yang beralih daripada ekonomi linear (ambil-buat-buang) kepada satu sistem yang memanjangkan kitaran hayat bahan dan sumber, akhirnya mengurangkan sisa ke tahap yang minimum.

Bagi PETRONAS, ekonomi kitaran adalah penting kepada Agenda Kemampanan kami, diterapkan di seluruh kumpulan untuk:

  1. Membolehkan masa depan rendah sisa
  2. Mengemudi sumber semula jadi
  3. Mengurangkan jejak karbon kami sambil mencipta nilai

Kami menetapkan matlamat untuk menyumbang kepada masa depan yang berfungsi secara kitaran, seterusnya menyediakan penyelesaian yang berkesan kepada pihak berkepentingan kami dan kemajuan masyarakat kami melalui inovasi dan kerjasama.

Lima pendekatan untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran di PETRONAS

Ekonomi kitaran PETRONAS ialah sebahagian daripada pendekatan kami terhadap kelestarian, yang diterapkan di seluruh Kumpulan untuk mencipta nilai. Dalam mewujudkan masa depan yang rendah sisa buangan, menguruskan sumber semula jadi dan mengurangkan jejak karbon kami di seluruh PETRONAS, terdapat projek-projek ekonomi kitaran dengan pelbagai saiz dan tahap kematangan.

Di bawah adalah lima pendekatan untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran di dalam PETRONAS:

Kitaran Karbon

Sistem kitaran tertutup yang melibatkan 4R (kurangkan, guna semula, kitar semula, hapus) untuk menguruskan pelepasan karbon.

Penyelesaian Bio

Penggunaan input atau produk bioasas(guna semula) untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan yang terhad.

Penggunaan Semula dan Kitar Semula

Melanjutkan kitaran hidup bahan/sumber/kemudahan kepada tujuan asal atau baharu untuk mengurangkan sisa.

Sisa Buangan kepada Produk

Penukaran sisa buangan kepada bahan asas atau produk lain untuk mewujudkan aliran pendapatan baru.

Model Perkongsian

Pengoptimuman sumber melalui platform perkongsian bagi meningkatkan kecekapan kos dan mengurangkan sisa.

Mengapa Ianya Penting

Menguruskan kualiti alam sekitar adalah penting untuk pemeliharaan planet kita dan perlindungan ekosistem semula jadi. Aktiviti perniagaan yang tidak bertanggungjawab boleh memberikan kesan yang buruk, seperti tumpahan minyak, pencemaran udara, dan kekurangan sumber. Pelbagai akibat ini tidak hanya memberikan kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, tetapi juga memberikan ancaman kepada biodiversiti dan kelestarian planet kita. Menguruskan kualiti alam sekitar melibatkan penggunaan sumber secara bertanggungjawab, pencegahan pencemaran, dan amalan mampan yang dapat membantu mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Pendekatan Kami

Di PETRONAS, kami mengiktiraf peranan penting kami dalam menguruskan hubungan kami dengan alam sekitar. Sepanjang operasi dan perniagaan kami, kami melaksanakan pelbagai penilaian, amalan dan pelan tindakan khusus di lapangan untuk melindungi alam sekitar.

Dalam komitmen kami terhadap urus selia alam sekitar, selain pelepasan gas rumah hijau dan sisa buangan, PETRONAS juga memberi tumpuan kepada bidang lain yang mempunyai impak yang signifikan, iaitu pelepasan udara, pengurusan air, pencegahan tumpahan minyak dan penyahtauliahan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai data pengurusan alam sekitar kami.

Berpandu kepada prinsip, rangka kerja dan piawaian antarabangsa

  • Piawaian negara tuan rumah untuk reka bentuk dan operasi peralatan pencegahan dan kawalan pencemaran
  • Bank Dunia/Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) Garis Panduan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (Garis Panduan EHS) Kumpulan
  • Institut Sumber Dunia (WRI) Atlas Tekanan Air Akueduk
  • Penilaian Pilihan Penyahtauliahan (DOA)

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots