PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Penciptaan Nilai Kemampanan

Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif, kami berusaha untuk menyumbang impak yang kesan positif kepada pihak berkepentingan, masyarakat, dan alam sekitar kami.

  • Mesej oleh Syarikat
  • Pendekatan Kami
  • Penilaian Kematanan
  • Keanggotaan dan Pertubuhan
  • Pelaporan Kemampanan

Kemampanan di PETRONAS

 

PETRONAS komited dalam usaha memenuhi keperluan tenaga masa kini yang semakin meningkat dan mencari penyelesaian untuk mencapai masa depan lebih rendah karbon.

Sebagai sokongan kepada komitmen itu, kami telah menetapkan matlamat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih pada tahun 2050, dan kami sedang mempergiatkan usaha untuk menyahkarbon operasi dan produk kami, dan pada masa yang sama melabur dalam peluang pertumbuhan perniagaan karbon lebih rendah yang baharu.

Kami juga akui bahawa kami memainkan peranan yang penting dalam peralihan tenaga, sama ada di Malaysia atau di negara-negara di mana kami beroperasi. Dalam memacu peralihan ini, kami mempunyai tanggungjawab untuk mencapai keseimbangan, demi memastikan pemeliharaan dan perlindungan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi serta memberi keutamaan kepada peralihan saksama dalam peluang sosial dan ekonomi yang tanpa mengabaikan sesiapa.

Kami tekad untuk meneruskan kemajuan berterusan dalam mencapai cita-cita kelestarian kami dan nekad dalam usaha untuk menyumbang kepada masa depan yang mampan.

Penciptaan Nilai Kemampanan

Kami memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham melalui prestasi kewangan yang kukuh, portfolio perniagaan yang teguh, dan pertumbuhan yang mampan sambil menyumbang impak yang positif kepada masyarakat dan alam sekitar, dan merangkumi Pernyataan Tujuan kami.

Pendekatan Kemampanan

Pada dasarnya, kami percaya bahawa amalan perniagaan yang mampan adalah penting untuk kejayaan jangka panjang syarikat kami, pihak berkepentingan kami, dan bumi ini. Tindakan kami terangkai oleh Pendekatan Kemampanan kami.

0Ketahui Selanjutnya

Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Aktiviti kami bertujuan untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs). PETRONAS menerapkan kesemua 17 SDGs dan mengutamakan 7 SDGs yang kami percaya paling berkesan dapat kami sumbang sebagai sebahagian daripada usaha kemampanan kami. Amatlah penting untuk difahami bahawa SDGs saling berkait rapat antara satu sama lain.

 

7 Matlamat Pembangunan Mampan yang Diutamakan

 

 

 

 

 

Penilaian Materialiti

Kami menggunakan penilaian materialiti bukan kewangan untuk memberikan maklumat tentang keutamaan dan penzahiran kelestarian kami yang mengenal pasti topik-topik yang paling penting kepada pihak berkepentingan kami dan mempunyai impak yang paling besar terhadap perniagaan kami.

 

sustainability diagram

materiality-assessment-mobile

 

 

Matrik Materialiti Kami

Pada tahun 2022, matriks materialiti kami telah mengalami beberapa pergerakan topik, menandakan perubahan dalam kepentingannya kepada pihak berkepentingan dan impak kepada perniagaan kami.

sini.

 

our-materiality-matrix-1-mobile

our-materiality-matrix-2

Materialiti Berganda

Melalui pendekatan materialiti berganda, kami mempertimbangkan impak kewangan dan kelestarian daripada topik-topik material kami. Pendekatan ini membolehkan kami memahami implikasi kewangan daripada risiko dan peluang kelestarian dan bagaimana implikasi ini mungkin mempengaruhi prestasi kewangan jangka panjang kami.

Maklumat lanjut tentang kepentingan berganda kami boleh diperoleh melalui Laporan Bersepadu kami di sini.

diagram-3

 

Topik Material

Penerangan

Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)

Pendekatan kami untuk merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 dipandu oleh empat pendorong utama dekarbonisasi kami - pembakaran dan pelepasan rutin sifar, kecekapan tenaga, elektrifikasi, dan penangkapan serta penyimpanan karbon. Selain itu, kami terus meningkatkan kuantifikasi pengukuran untuk mengurangkan pelepasan metana daripada operasi kami bagi mengehadkan kesan GHG dalam jangka masa yang lebih dekat. Kami juga mengambil inisiatif kerjasama dengan rakan-rakan industri. Kami memberikan tumpuan untuk memahami dengan lebih jelas penggunaan tenaga dalam syarikat dan di seluruh rantaian nilai kami bagi menyokong usaha pengurangan pelepasan kami.

Risiko Perubahan Iklim

Matlamat kami adalah untuk memperkukuh daya tahan PETRONAS terhadap risiko perubahan iklim fizikal dan peralihan, di samping meraih peluang yang terdapat dalam peralihan kepada ekonomi karbon rendah. Kami sedang aktif menyelidik langkah-langkah adaptasi dan daya tahan, serta sistem tadbir urus yang relevan untuk mengurus risiko dan peluang yang berkaitan dengan iklim, seperti yang dicadangkan oleh Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD).

Pengurusan Persekitaran

Melindungi dan memulihara alam sekitar akan mengurangkan kesan operasi kami kepada alam sekitar, sejajar dengan peranan kami sebagai pelindung alam sekitar. Hal ini juga akan memastikan kesejahteraan jangka panjang perniagaan kami dan masyarakat di sekeliling kami. Kami mengenal pasti dan menilai kesan alam sekitar daripada operasi kami dan memberikan tumpuan untuk menguruskan sumber-sumber kami secara lestari. Hal ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengurangkan kesan pelepasan, mencipta strategi pengurusan sisa dan air yang bertanggungjawab, mencegah tumpahan, dan menyiapkan aset kami dengan cara yang selamat dan lestari.

Alam Semula Jadi dan Biodiversiti

Ketidakupayaan kami untuk memulihara serta melindungi alam semula jadi dan biodiversiti boleh memberikan kesan kepada keupayaan kami untuk mencapai matlamat perniagaan kami dan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Memandangkan perubahan iklim menyumbang secara ketara kepada kehilangan biodiversiti dan boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, kami tekad untuk lebih memahami hubungan dan kebergantungan kami pada alam semula jadi untuk meningkatkan pengawasan terhadap jejak alam semula jadi dan biodiversiti kami.

Pengurusan Keselamatan

Mengurus keselamatan pekerja kami terus menjadi keutamaan penting kerana perkara ini dapat memastikan bahawa kami melindungi pekerja dan kontraktor kami daripada sebarang kemudaratan atau kecederaan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan operasi, kami menjalankan amalan pengurusan risiko proaktif di seluruh perniagaan dan operasi kami untuk menyediakan keadaan bekerja paling selamat yang mungkin dan pada masa yang sama memastikan aset kami diselenggarakan dengan baik secara berterusan.

Hak Asasi Manusia

Kami tekad dalam menghormati hak asasi manusia dalam kalangan pembekal, kontraktor, rakan kongsi, dan masyarakat tempatan di tempat kami beroperasi dengan mewujudkan dan melaksanakan dasar dan amalan hak asasi manusia. Secara berkala kami mengkaji semula dasar dan amalan kami untuk menangani isu-isu hak asasi manusia seperti buruh paksa, perdagangan manusia, perhambaan moden, syarat kerja yang adil, dan tiada diskriminasi. Kami juga telah mula menerapkan amalan penilaian usaha wajar hak asasi manusia dalam sistem dan fungsi kami di seluruh rantaian nilai kami, termasuk tindakan-tindakan pemulihan.

Tarikan, Pengekalan, dan Pembangunan Pekerja

Memandangkan landskap yang berubah secara dinamik dan peralihan tenaga yang sedang berlaku, kami memerlukan bakat yang bersedia untuk masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang tepat untuk merealisasikan strategi kami dan memacu daya tahan perniagaan dalam jangka panjang. Pelaburan dalam bakat yang berprestasi tinggi adalah penting, terutamanya dalam persekitaran persaingan yang semakin sengit untuk kemahiran. Matlamat kami adalah untuk terus menarik dan mengekalkan bakat terbaik dengan menyediakan pengaturan kerja yang fleksibel, mencipta peluang untuk memupuk potensi individu, dan melaksanakan pampasan yang adil dan saksama yang selari dengan prestasi berdasarkan ganjaran. Kami juga berusaha untuk mencipta tempat kerja yang adil dan inklusif dengan menyokong layanan yang sama terhadap semua pekerja tanpa mengira jantina, umur, latar belakang budaya, kemahiran, bangsa, dan agama.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Kami memberikan penekanan yang besar dalam melindungi semua pekerja dan kontraktor kami daripada bahaya berkaitan dengan kerja serta menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam kalangan tenaga kerja kami dan masyarakat yang lebih meluas. Adalah penting untuk mencipta budaya kerja yang selamat dan kondusif, kerana kesihatan dan kesejahteraan pekerja kami secara langsung mempengaruhi prestasi jangka masa panjang kami. Kami menjalankan penilaian risiko, memperkenalkan kawalan yang mencukupi, dan melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan dan kecergasan yang membantu dalam menangani kesihatan fizikal dan mental pekerja kami dan keluarga mereka.

Tadbir Urus Korporat

Adalah penting bagi kami untuk mengamalkan dan menjunjung piawaian tertinggi dalam tadbir urus korporat, iaitu faktor utama dalam menentukan daya tahan perniagaan dan pertumbuhan jangka panjang. Antara keutamaan utama kami termasuklah memastikan amalan tahap tadbir urus yang tertinggi dalam struktur, dasar, dan strategi dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelestarian. Hal ini juga merangkumi strategi dan hala tuju kami dalam merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami.

Anti Rasuah dan Sogokan

Kami percaya bahawa penciptaan asas yang kukuh berdasarkan etika dan integriti akan memacu nilai-nilai bersama dan saksama dalam kalangan pihak berkepentingan. Kami perlu melindungi operasi dan perniagaan kami daripada apa-apa bentuk rasuah dan tingkah laku yang tidak beretika. Sepanjang rantaian nilai, kami sangat menggalakkan amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab serta pematuhan terhadap piawaian dan panduan dalam kalangan pekerja, rakan kongsi perniagaan, pembekal, kontraktor, dan pihak perantara lain. Kami melakukannya dengan rapi serta mematuhi Dasar Anti Rasuah dan Sogokan PETRONAS serta Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS.

Perniagaan Rendah Karbon dan Peralihan Tenaga

Dalam menangani cabaran iklim, kami terus memperkukuh usaha kami dalam perniagaan rendah karbon dan peralihan tenaga kerana hal ini membolehkan kami melangkah keluar daripada tunjang perniagaan kami dan mengembangkan perniagaan baharu untuk merealisasikan hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Hal ini termasuklah tumpuan kami terhadap gas semula jadi sebagai bahan api dengan intensiti karbon yang lebih rendah daripada bahan api lain; dan peluang pertumbuhan perniagaan lain seperti tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau, bahan kimia khas, dan biodiesel. Usaha kami ditumpukan untuk mencapai keseimbangan dalam keselamatan tenaga, kemampuan dan kelestarian, dengan mempertimbangkan dasar, matlamat, instrumen perakaunan, dan teknologi terkini yang memudahkan peralihan tenaga.

Sumbangan Ekonomi

Kemampuan kami untuk mendorong pertumbuhan perniagaan jangka panjang berjalan seiring dengan kemakmuran pasaran dan masyarakat di tempat kami beroperasi. Matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang memberikan faedah kepada semua lapisan masyarakat dengan menjana nilai ekonomi melalui produk dan perkhidmatan kami, membayar dividen modal, membayar upah dan cukai, sambil menjana peluang sosial, komersial, dan pekerjaan untuk penduduk tempatan. Kami juga menyediakan bantuan terutamanya dalam waktu krisis melalui dana, usaha sukarela, dan produk atau perkhidmatan dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Kami berusaha untuk memastikan bahawa PETRONAS bertanggungjawab dan telus dalam amalan cukai, yang ditadbir oleh peraturan cukai tempatan atau serantau yang terpakai.

Rantaian Penawaran Lestari

Kami memberikan perhatian rapi kepada pengurusan rantaian bekalan secara keseluruhan, tanggungjawab produk, dan perolehan memandangkan hal demikian mengurangkan risiko yang memberikan kesan kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Hal ini memastikan kelestarian dan keselamatan produk kami sepanjang seluruh kitaran hayat. Untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, kami terus memperkukuh usaha untuk menggalakkan dan menyokong pembekal tempatan, jika mungkin dan berkenaan. Kami juga berkongsi amalan kerja global dengan entiti serantau dan tempatan untuk menyokong ekonomi tempatan.

Inovasi dan Teknologi

Kami menerapkan inovasi melalui pelaksanaan rangka kerja dan langkah-langkah dalaman yang menggalakkan amalan mencabar status quo dalam reka bentuk produk dan operasi untuk menjana penyelesaian baharu yang meningkatkan kelebihan kompetitif dan reputasi jenama kami. Hal ini termasuklah membangunkan serta menggunakan teknologi maju dan inovasi digital untuk menjana proses perniagaan baharu, termasuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pihak berkepentingan lain. Dalam pendekatan kami, kami menggunakan inovasi dan teknologi di seluruh operasi dan perkhidmatan kami untuk mempercepat pertumbuhan dan penawaran perniagaan kami.

Ekonomi Pusingan

Aspirasi jangka panjang kami adalah untuk meminimumkan atau menghapuskan kesan negatif alam sekitar sesuatu produk dengan menghapuskan pembaziran dan mengurangkan penggunaan bahan. Kami juga ingin mengurangkan pencemaran plastik dengan mengamalkan kitar semula dan penggunaan semula, kerana hal ini mencipta peluang untuk inovasi dan pengurangan penjanaan sisa. Model ekonomi pusingan menggalakkan penciptaan sistem litar tertutup yang membolehkan sisa daripada satu proses menjadi input untuk proses yang lain. Matlamat kami adalah untuk menuju masa depan rendah sisa, mengurus sumber alam semula jadi, dan meminimumkan jejak karbon kami sambil mencipta nilai.

 

 

Proses Penilaian Materialiti Kami

Proses

2021 - Penilaian Materialiti Penuh

2022 – Pengesahan Semula Penilaian Materialiti

Pengenalpastian

 

Analisis komputer meja dalaman merangkumi pelbagai sumber dalaman dan luaran:

  • Kerangka dan standard pelaporan
  • Strategi dalaman, dasar, proses dan dokumen
  • Perundangan yang berkaitan dinegara-negara tempat kami beroperasi
  • Trend khusus industri kebangsaan dan hasil kaji selidik
  • Agensi penilaian dan penandaarasan ESG
  • Penandaarasan rakan setara

Alatan berasaskan data untuk merangkumi sumber-sumber baharu:

  • Peraturan sedia ada dan yang sedang berkembang
  • Media
  • Piawaian Lembaga Piawaian Perakaunan Kelestarian (SASB)

Penglibatan Pihak Berkepentingan

 

Proses Pengesahan melalui temu bual dan tinjauan dengan pihak berkepentingan:

  • Wakil pekerja termasuk pemimpin kesatuan
  • Badan-badan kerajaan dan pengawalseliaan
  • Kedutaan, suruhanjaya tinggi, dan wakil-wakil luar negara
  • Komuniti dan pelanggan
  • Media
  • Pelabur, agensi penarafan kredit, dan institusi kewangan
  • Rakan kongsi industri, pakatan dan majlis perniagaan
  • Organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan kepentingan khas
  • Institusi pendidikan

Maklum balas mendalam daripada pihak berkepentingan luar, termasuk:

  • Pelabur, bank, dan agensi penarafan
  • Tinjauan Indeks Kekuatan Reputasi

Pengutamaan

 

Kami memberikan keutamaan kepada topik-topik yang dikenal pasti berdasarkan dua bidang utama - kepentingannya kepada pihak berkepentingan dan kesan terhadap perniagaan kami. Kriteria pengutamaan termasuk:

  • Kejadian dalam pengaduan
  • Topik yang ditekankan oleh pelabur dan penilaian agensi penarafan
  • Perbincangan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan Eksekutif
  • Penyelarasan dengan elemen risiko dalam Profil Risiko Korporat

Kriteria pengutamaan termasuk:

  • Penyelarasan dengan strategi dan bidang tumpuan
  • Perbincangan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan Eksekutif
  • Penyelarasan dengan elemen risiko dalam Profil Risiko Korporat

Alatan berasaskan data untuk menilai serta mengutamakan materialiti kewangan dan materialiti impak.


Kelulusan dan Pengesahan

 

Diluluskan oleh Jawatankuasa Kelestarian dan disahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian

 

 

 

 

 

 

Penilaian Materialiti

Komited kepada amalan yang mampan, kami mendukung penciptaan nilai yang bermakna dan berinformasi bagi menyesuaikan keperluan kepada pihak berkepentingan dan perubahan alam sekitar melebihi senarai semak rutin. Bagi tahun 2023, kami menjalankan latihan penyemakan semula bagi topik-topik matan kami. Kami menggunakan dua perspektif, menggabungkan penilaian dari dalam dan penilaian dari luar. Pendekatan ini penting untuk memberi maklumat kepada strategi holistik dan bersepadu untuk mengurus risiko dan peluang dengan berkesan yang terletak di sepanjang operasi kami.

 

 

Matrik Materialiti Kami

Untuk tahun 2023, latihan pengesahan semula berdasarkan 15 topik bahan pada tahun 2022 menghasilkan jumlah keseluruhan 16 topik bahan. Kesan kepada perniagaan kami dan kepentingan kepada pihak berkepentingan kami dipetakan mengikut keutamaan isu-isu tersebut.

Our Materiality Matrix Legends

Our Materiality Matrix

Materialiti Berganda

Oleh kerana permintaan untuk pelaporan yang telus dan komprehensif terus meningkat, konsep materialiti berganda berperanan sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi mengenai prestasi kelestarian kami dengan konsep yang lebih luas tentang keterhubungan antara hal ehwal kewangan dan kelestarian.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laporan PIR2023 kami di sini.

diagram-3

 

Topik Material

Penerangan

Pelepasan Gas Rumah Hijau(GHG)

Kami secara konsisten meningkatkan kaedah pengukuran dan kuantifikasi kami untuk menangani pelepasan gas rumah hijau dari operasi kami secara berkesan, dengan demikian mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Kami juga meningkatkan kerjasama dengan pelaku dalam ekosistem untuk memahami dengan lebih mendalam penggunaan tenaga di dalam syarikat kami dan merentasi nilai rantaian kami.

Risiko Perubahan Iklim

Kami akui cabaran yang timbul disebabkan oleh perubahan iklim, baik dari segi impak fizikalnya mahupun peralihan kepada ekonomi berkarbon rendah. Kami sedang mengkaji langkah-langkah untuk menyesuaikan diri dan membina ketahanan, dan di samping itu melaksanakan sistem pengurusan yang selari dengan cadangan Jawatankuasa Tugas mengenai Penyata Kewangan Berkaitan Iklim untuk mengenal pasti dan mengurus risiko dan peluang berkaitan iklim secara berkesan.

Pengurusan Alam Sekitar

Pengurusan alam sekitar adalah penting dalam menangani impak kami terhadap alam sekitar fizikal. Kesan alam sekitar dari operasi kami, menekankan pengurusan sumber yang lestari, pengurangan pelepasan, amalan pembuangan sisa dan air yang bertanggungjawab, dan penamatan aset yang bertanggungjawab.

Alam Semula Jadi dan Biodiversiti

Atas sebab isu iklim dan alam semula jadi berkait rapat, adalah penting agar usaha pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan pertumbuhan penyelesaian tenaga bersih bersesuaian dengan pemuliharaan dan perlindungan alam semula jadi serta kepelbagaian biologi. Posisi PETRONAS mengenai Alam dan Biodiversiti memacu pelan kami dan pengoperasian Pusat Keunggulan Alam dan Biodiversiti yang baru ditubuhkan. Kami telah menubuhkan Pusat Keunggulan Alam dan Biodiversiti (CoE) serta merancang untuk menilai ketersediaan kami bagi selari dengan cadangan TNFD.

Pengurusan Keselamatan

Mengutamakan operasi yang selamat bermakna menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan produktif bagi pekerja dan kontraktor kami, bebas daripada sebarang insiden dan kemalangan.

Hak Asasi Manusia

Kami komited untuk menghormati hak asasi manusia dalam semua aktiviti perniagaan dan hubungan kami. Isu seperti buruh paksa, perdagangan manusia, perhambaan moden, syarat-syarat kerja yang adil, dan tiada diskriminasi dipantau untuk memastikan bahawa kami beroperasi secara bertanggungjawab di mana sahaja kami berada. Pada April 2024, kami melancarkan Dasar Hak Asasi Manusia kami yang memformalkan dan dengan itu, memperkuatkan komitmen kami terhadap hak asasi manusia.

Tarikan, Pengekalan dan Pembangunan Pekerja

Melabur dalam bakat mahir adalah penting bagi ketahanan perniagaan jangka panjang di dalam landskap tenaga yang berubah dengan cepat dan memastikan peralihan yang adil. Kami bertujuan untuk menarik dan mengekalkan bakat terunggul melalui pengaturan kerja fleksibel, peluang untuk pertumbuhan, dan pampasan berdasarkan pasaran berdasarkan keupayaan, pengalaman, dan prestasi. Kami komited untuk membina persekitaran kerja yang inklusif di mana setiap orang diberi layanan dengan saksama.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pekerja dan kontraktor adalah keutamaan bagi kami, yang meluaskan komitmen kami untuk membina budaya kesihatan dan keselamatan dalam kalangan tenaga kerja kami dan masyarakat secara menyeluruh. Melalui penilaian risiko menyeluruh, kawalan yang kukuh, dan pelbagai program kesihatan dan kecergasan, kami secara proaktif menguruskan kesejahteraan keseluruhan pekerja kami.

Tadbir Urus Korporat

Kami mengekalkan komitmen kami untuk mematuhi standard tertinggi pengurusan korporat, mengiktiraf peranannya yang penting dalam meningkatkan ketahanan perniagaan dan memupuk pertumbuhan jangka panjang. Memastikan tahap pengurusan tertinggi meliputi struktur, dasar, dan strategi berkaitan rapat dengan kelestarian tetap menjadi salah satu keutamaan teratas kami.

Etika dan Integriti

Kami berdiri teguh menentang sebarang bentuk rasuah atau tingkah laku tidak beretika. Komitmen ini meluas ke seluruh nilai rantaian, merangkumi pekerja, rakan kongsi, pembekal, kontraktor, dan semua perantara. Kami secara aktif mempromosikan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan pematuhan yang ketat terhadap standard dan garis panduan yang ditetapkan. Dasar Anti-Rasuah dan Korupsi PETRONAS serta Kod Tingkah Laku dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS berperanan sebagai prinsip panduan kami dan menetapkan standard bagi tingkah laku perniagaan yang beretika.

Perniagaan Rendah Karbon & Peralihan Tenaga

Hala tuju NZCE 2050 kami membimbing aktiviti dan usaha pengurangan karbon dan peralihan tenaga kami. Ini termasuk memberi keutamaan kepada gas asli dan meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, mobiliti hijau, bahan kimia khas, dan bahan api bio. Matlamat kami adalah untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan tenaga, kemampuan membayar dan kelestarian, dengan menyelaraskan polisi baharu, matlamat, alat ukur, dan teknologi terkini untuk memudahkan peralihan ini.

Sumbangan Ekonomi

Komitmen kami juga merangkumi dalam memupuk pertumbuhan perniagaan dan kemakmuran masyarakat. Kami mencapainya dengan mencipta nilai ekonomi melalui penawaran kami, pembayaran cukai dan upah serta menyediakan peluang untuk masyarakat. Semasa krisis, kami memberikan bantuan melalui bantuan kewangan, kerja sukarela dan usaha. Amalan cukai kami mematuhi sepenuhnya peraturan tempatan, memastikan ketelusan dan tanggungjawab.

Rantaian Penawaran Lestari

Kami memberi perhatian yang teliti kepada pengurusan rantaian bekalan keseluruhan kami, tanggungjawab produk, dan perolehan kerana ini mengurangkan risiko yang memberi kesan kepada alam sekitar, masyarakat, dan ekonomi. Ini memastikan kelestarian dan keselamatan produk kami sepanjang kitaran hidup keseluruhan. Untuk meningkatkan ketahanan rantaian bekalan, kami secara berterusan memperkuatkan usaha kami untuk membina dan menyokong pembekal tempatan di mana yang mungkin dan sepatutnya. Kami juga berkongsi amalan kerja global bersama entiti serantau dan tempatan untuk memperkayakan ekonomi tempatan.

Inovasi dan Teknologi

Kami akui kepentingan inovasi dan teknologi dalam merealisasikan komitmen kami. Kami menggalakkan budaya inovatif yang mendorong pemikiran kreatif dalam reka bentuk produk dan operasi. Ini meningkatkan keunggulan kompetitif kami dan meningkatkan reputasi jenama kami. Melalui teknologi yang canggih dan inovasi digital, kami membangunkan proses perniagaan baru yang meningkatkan pengalaman pelanggan dan pihak berkepentingan. Pendekatan kami mengintegrasikan inovasi dan teknologi dalam semua operasi dan perkhidmatan kami untuk memberi dorongan kepada pertumbuhan perniagaan kami dan memperluaskan tawaran kami.

Keselamatan Siber dan Perlindungan Data

Keselamatan Siber dan perlindungan data memainkan peranan penting dalam melindungi organisasi daripada pelbagai ancaman siber dan memastikan integriti serta kerahsiaan maklumat yang sensitif.

Ekonomi Pusingan

Matlamat kami adalah untuk meminimumkan jejak alam sekitar produk kami dengan mengurangkan pembaziran dan penggunaan bahan mentah. Kami komited untuk memerangi pencemaran plastik melalui kitar semula dan penggunaan semula, memupuk inovasi dan mengurangkan pembaziran. Dengan menerima model ekonomi pusingan, kami berhasrat untuk menubuhkan sistem litar tertutup di mana sisa menjadi input untuk proses baru. Fokus kami adalah untuk membina masa depan yang lestari, memelihara sumber semula jadi, dan mengurangkan jejak karbon kami sambil memberi nilai.

 

 

Proses

2022 – Penilaian Materialiti Penuh

2023 – Pengesahan Semula Penilaian Materialiti

Pengenalpastian

Alatan berasaskan data untuk merangkumi sumber-sumber baharu:

  • Peraturan sedia ada dan yang sedang berkembang
  • Media
  • Piawaian Lembaga Piawaian Perakaunan Kelestarian (SASB)

Kami mengkaji perubahan peraturan, laporan media, dan Lembaga Piawaian Perakaunan Kelestarian (SASB) untuk membantu mengenal pasti topik kelestarian material. SASB sangat bernilai kerana ia sejajar dengan piawaian Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB) yang akan datang.

Penglibatan Pihak Berkepentingan

Maklum balas mendalam daripada pihak berkepentingan luar, termasuk:

  • Pelabur, bank, dan agensi penarafan
  • Tinjauan Indeks Kekuatan Reputasi

Kami memperoleh maklum balas terperinci daripada pelbagai pihak berkepentingan luaran, termasuk pelabur, institusi kewangan, dan agensi penarafan untuk menilai kesan topik material terhadap perniagaan kami yang dijalankan sepanjang tahun. Ini memberikan pandangan berharga yang membimbing penilaian materialiti kami. Kebimbangan, pertanyaan, dan maklum balas daripada pihak berkepentingan didokumentasikan sebagai input untuk penilaian.

Pengutamaan

Kriteria pengutamaan termasuk:

  • Penyelarasan dengan strategi dan bidang tumpuan
  • Perbincangan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan Kumpulan Kepimpinan Eksekutif
  • Penyelarasan dengan elemen risiko dalam Profil Risiko Korporat

Alatan berasaskan data untuk menilai serta mengutamakan materialiti kewangan dan materialiti impak.

Kami mengutamakan strategi dan bidang fokus melalui inisiatif, komitmen, dan perbincangan di peringkat Pasukan Kepimpinan Eksekutif dan Lembaga Pengarah. Topik material dinilai berdasarkan keselarasan dengan elemen risiko di dalam Profil Risiko Korporat PETRONAS.


Kelulusan dan Pengesahan

Diluluskan oleh Jawatankuasa Kelestarian dan disahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian

Kami menyerahkan hasil penilaian semula kepada Jawatankuasa Kemampanan, yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Kemampanan, untuk kelulusan oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kemampanan.

 

 

Keahlian & Persatuan

Kami secara aktif menyertai pertubuhan-pertubuhan profesional, acara, dan keahlian dengan tujuan untuk memperkukuhkan usaha kemampanan kami. Melalui platform-platform ini, kami dapat bertukar-tukar pengetahuan tentang amalan terbaik untuk menggerakkan agenda kemampanan dalam dan luar operasi kami. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami kepada usaha pembangunan negara Malaysia dan mewujudkan impak positif dalam pelbagai industri dan masyarakat.

Melalui jaringan organisasi antarabangsa dan tempatan serta rakan industri, kami mampu meninggkatkan dan menjanakan pengetahuan, amalan-amalan terbaik, dan sokongan inisiatif penyahkarbonan yang seiring dalam mewujudkan nilai untuk syarikat dan pemegang kepentingan.

 

 

PETRONAS menyokong matlamat organisasi-organisasi berikut dengan hasrat untuk memperkukuhkan keseluruhan kemampanan tadbir urus kami, meningkatkan kesedaran, menyediakan program pendidikan, dan menentukan kedudukan kami dalam pelbagai aspek berkaitan iklim dan kelestarian selaras sepenuhnya dengan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050:

PETRONAS terus memimpin dan tampil dalam mendokong nilai-nilai berkaitan kemampanan kami dengan mewujudkan platform untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan di seluruh organisasi dan rakan kongsi kami daripada perspektif alam sekitar dan modal insan:

 

 

Pendekatan Kami dalam Pelaporan Kemampanan

Kami melihat Environmental, Social, Governance (ESG) sebagai aspek penting dalam memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan. Berpandu kepada garis panduan, rangka kerja, dan piawaian nasional dan antarabangsa berikut untuk memastikan bahawa laporan kami tepat, boleh dipercayai, dan menyeluruh:

  • Kerangka Kerja Majlis Antarabangsa untuk Pelaporan Bersepadu (IIRC)
  • Garis Panduan Pelaporan Kemampanan IPIECA/API/IOGP untuk industri minyak dan gas
  • Piawaian Institut Petroleum Amerika (API)
  • Piawaian Pengeluar Minyak dan Gas (IOGP) oleh Persatuan Antarabangsa
  • Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI)
  • Matriks Kapitalisme Pemegang Kepentingan Forum Ekonomi Dunia (WEF)
  • Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Iklim (TCFD)

PETRONAS akan terus meningkatkan integriti data melalui latihan jaminan dan pengesahan untuk membina kepercayaan dalam kalangan pemegang kepentingan, sama ada dalaman atau luaran. Klik di sini untuk melihat kenyataan pengesahan gas rumah hijau (GHG) kami.

Bagi memastikan kami terus komited untuk mengekalkan standard kami dalam pengurusan pelepasan gas rumah hijau (GHG), kami terus memperkukuhkan amalan pelaporan kami selaras dengan prinsip, rangka kerja, dan standard yang diiktiraf secara antarabangsa, termasuk cadangan Pasukan Petugas Penyataan Kewangan Libat Iklim(TCFD). Sejak tahun 2022, kami juga melaporkan melalui platform pendedahan CDP.

 

Melaksanakan TCFD

 

Kami berhasrat untuk memperkukuh ketelusan dalam pelaporan sambil membentuk amalan penzahiran risiko berkaitan iklim negara secara proaktif di Malaysia. Kami mengaplikasikan cadangan rangka kerja yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) dalam penilaian risiko iklim. Dengan menyelaraskan penilaian strategik risiko kami dengan TCFD, kami berusaha untuk menguruskan dan memanfaatkan risiko serta peluang berkaitan iklim dengan berkesan selain mempercepat kemajuan menuju hala tuju sifar bersih kami.

Ketahui lebih lanjut sini.

 

Pentadbiran

Kami mengakui bahawa perubahan iklim merupakan isu perniagaan yang kritikal, menyumbang kepada pelbagai risiko dan peluang. Kami mengambil tindakan yang lebih tegas untuk meningkatkan kelestarian, terutamanya perbincangan berkaitan iklim pada peringkat Lembaga Pengarah, untuk membentuk hala tuju strategik jangka panjang syarikat. Peranan Lembaga Pengarah dalam perkara berkaitan iklim boleh dirujuk dalam bahagian Kenyataan Kelestarian.

Strategi

Kami telah menetapkan hala tuju untuk mempercepat dan memajukan tindakan serta komitmen keseluruhan kumpulan. Hala tuju - dengan matlamat jangka pendek, sederhana, dan panjang - akan memimpin kumpulan ke arah merealisasikan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050 (NZCE 2050). Hala tuju ini bersifat serampang dua mata, mengurangkan operasi gas rumah hijau (GHG) dan meningkatkan peluang pelaburan dan pertumbuhan perniagaan dalam ekonomi karbon rendah.

Risiko & Peluang

Kami mengaplikasikan pendekatan keseluruhan kumpulan untuk pengurusan risiko melalui penubuhan Dasar Risiko PETRONAS dan disokong oleh Model Daya Tahan PETRONAS, yang mencakupi Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) sebagai sebahagian daripadanya. Dasar dan rangka kerja ini memberikan pandangan yang bersepadu dan holistik terhadap strategi keseluruhan ke arah pengurusan risiko yang berkesan. Kami telah menerapkan kategori risiko berkaitan iklim TCFD menjadi dua kategori utama, iaitu risiko peralihan dan risiko fizikal.

Metrik dan Sasaran

PETRONAS telah mengambil pendekatan pegangan ekuiti untuk mengira inventori dan prestasi pelepasan. Kami telah menyemak semula kaedah penyelarasan pelepasan karbon untuk mematuhi rangka kerja antarabangsa dan panduan khusus sektor untuk memberikan asas yang kukuh bagi Skop 1 dan Skop 2, serta pemahaman yang lebih baik mengenai pelepasan gas rumah hijau Skop 3.

Baca lebih lanjut untuk keterangan terperinci mengenai penerapan TCFD kami di www.petronas.com/integrated-report-2022/

 

 

 

Projek Pendedahan Karbon (CDP)

 

Pada tahun 2022, kami telah mengambil bahagian dalam bancian CDP dengan menjawab versi minimum bancian tersebut. Jawapan itu tidak diberi nilai kerana ia bukanlah soal selidik yang lengkap. Pada Julai 2023, kami mengemukakan jawapan kepada versi penuh soal selidik Perubahan Iklim. Penarafan bagi hal ini akan diterbitkan di laman web CDP pada Januari 2024.

Baca selanjutnya sumbangan kami di bawah.

 

 

 

Prinsip Panduan Metana (MGP)

 

Untuk meningkatkan daya tahan kami dalam peralihan tenaga, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, pembekal, dan kontraktor kami di sepanjang bekalan rantaian. Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan pelepasan metana, kami telah menyertai ahli-ahli industri dan bukan industri lain di bawah inisiatif Prinsip Panduan Metana (MGP) sebagai ahli penandatangan. Prinsip Panduan Metana (MGP) telah dibangunkan secara kolaboratif oleh gabungan industri, institusi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan akademia. Usaha ini merupakan perkongsian sukarela yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa antara organisasi industri dan bukan industri dengan tumpuan pada tindakan sepanjang rantaian nilai gas asli, daripada pengeluaran hingga pengguna akhir.

 

Sumbangan:

Pada tahun 2020, PETRONAS menjadi ahli penandatangan Prinsip Panduan Metana (MGP). Pada tahun 2022, PETRONAS melaporkan kemajuan kami selaras dengan lima (5) prinsip MGP mengenai pendekatan kami dalam pengurusan metana yang berkesan secara terbuka.

 

 

 

 

Perkongsian Metana Minyak & Gas 2.0 (OGMP 2.0)

 

Perkongsian Metana Minyak & Gas (OGMP2.0) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) merupakan inisiatif khusus industri, rangka kerja yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa untuk pengurusan pelepasan metana yang berkesan. OGMP2.0 menyediakan mekanisme untuk syarikat mengatasi dan melaporkan pelepasan metana secara sistematik.

 

Sumbangan:

PETRONAS menjadi ahli penandatangan OGMP2.0 pada November 2022. Pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan secara sistematik pendekatan PETRONAS selaras dengan rangka kerja pengukuran, kuantifikasi, pelaporan pelepasan metana, dan pelaksanaan mekanisme dekarbonisasi kami terutamanya suaran dan pelohongan rutin sifar, serta kecekapan tenaga.

 

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots