PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Tadbir Urus dan Etika

  • Tadbir Urus Korporat
  • Tadbir Urus Kemampanan
  • Etika Perniagaan

Tadbir Urus Korporat

Tadbir Urus korporat adalah sangat penting untuk penciptaan nilai dan kecemerlangan perniagaan. Komitmen berterusan kami untuk memupuk budaya integriti, kelakuan beretika dan profesionalisme menyokong keupayaan untuk kekal sebagai organisasi yang berdaya tahan. Hal ini juga dapat menggalakkan tahap akauntabiliti dan ketelusan yang lebih tinggi.

Tadbir Urus korporat adalah sangat penting untuk penciptaan nilai dan kecemerlangan perniagaan. Komitmen berterusan kami untuk memupuk budaya integriti, kelakuan beretika dan profesionalisme menyokong keupayaan untuk kekal sebagai organisasi yang berdaya tahan. Hal ini juga dapat menggalakkan tahap akauntabiliti dan ketelusan yang lebih tinggi.

Lembaga Pengarah PETRONAS, dengan sokongan Jawatankuasa Berkaitan, menyediakan pandangan yang berkesan mengenai hala tuju strategik perniagaan seperti yang ditetapkan dalam Piagam Lembaga Pengarah, selaras dengan semua undang- undang yang berkenaan.

Barisan Kepimpinan Eksekutif (ELT) membantu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam menguruskan rancangan pembangunan perniagaan strategik dan strategi pertumbuhan organisasi, termasuk isu rentas perniagaan dalam Kumpulan PETRONAS.

Lembaga Pengarah dan ELT secara kolektif memastikan bahawa PETRONAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan cara yang bertanggungjawab, memastikan semua keputusan perniagaan yang dibuat mematuhi piawaian etika yang ketat.

 

 

Tadbir Urus Kemampanan Kami

Untuk memastikan akauntabiliti dan integriti, kami telah mewujudkan struktur tadbir urus khusus dengan garis pelaporan yang jelas untuk mendorong strategi, pelan tindakan, dan inisiatif kelestarian kami. Struktur ini memastikan bahawa prinsip dan keutamaan kelestarian kami adalah bersepadu sepenuhnya di seluruh organisasi, diterapkan dalam pembuatan keputusan dan pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan dengan kelestarian kami. Dengan struktur ini, kami menggariskan peranan dan tanggungjawab secara jelas, sekali gus membolehkan pengawasan, pembuatan keputusan, dan pelaksanaan yang berkesan.

Pada September 2023, satu mesyuarat Kepimpinan Eksekutif Kemampanan (ELT) telah julung kali diadakan untuk memberi tumpuan khusus kepada ELT dalam membincangkan perkara berkaitan kemampanan.

Struktur Tadbir Urus
Kelestarian PETRONAS

diagram-2

Pengawasan Lembaga Pengarah

Lembaga pengarah kami telah mengambil peranan yang aktif dalam perbincangan perkara- perkara berkaitan dengan perubahan iklim kerana kami sedar akan risiko dan peluang perubahan iklim terhadap perniagaan kami.

Kami akui bahawa perubahan iklim merupakan isu perniagaan yang kritikal, yang menyumbang kepada pelbagai risiko dan peluang. Kami mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan kelestarian, terutamanya perbincangan yang berkaitan dengan perubahan iklim pada peringkat Lembaga Pengarah, untuk membentuk hala tuju strategik jangka panjang syarikat.

 

diagram-3

Barisan Kepimpinan Eksekutif Kemampanan (S-ELT)

Pada September 2023, satu Barisan Kepimpinan Eksekutif Kemampanan (ELT) telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan khusus kepada ELT dalam membincangkan perkara berkaitan kemampanan. Skop utama Kemampanan ELT ini ialah kepimpinan strategik untuk aktiviti kemampanan di PETRONAS secara menyeluruh berkaitan strategi, prestasi, impak undang-undang dan reputasi, serta mengawasi integriti pelaporan dan penyataan kemampanan PETRONAS.

 

diagram-4

 

Jawatankuasa Kemampanan

Jawatankuasa Kemampanan, yang merupakan salah satu jawatankuasa di peringkat korporat, menyokong ELT dalam jangkauan kawalan pengurusan dan memimpin kemampanan di peringkat Kumpulan sebagai menyokong tujuan dan ketahanan jangka panjang PETRONAS.

 

diagram-4

Etika Perniagaan

Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) menguatkan komitmen kami untuk mendukung piawaian tertinggi etika dan integriti dalam menjalankan perniagaan dan operasi Kumpulan, dan ia terpakai kepada semua pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang mewakili atau bertindak bagi Kumpulan. CoBE juga mengandungi peruntukan khusus mengenai amalan anti-persaingan.

CoBE disokong oleh Manual Anti Rasuah dan Korupsi PETRONAS yang terpakai kepada semua pekerja serta pihak ketiga. PETRONAS menguatkuasakan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Dasar Tiada Hadiah dan Rangka Kerja Kepatuhan Integriti PETRONAS secara kolektif bertujuan memperkukuh budaya etika dan integriti di seluruh Kumpulan.

Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing) menggalakkan pendedahan mengenai apa-apa bentuk salah laku, dengan Jawatankuasa Pemberian Maklumat mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan. Kemas kinian diberikan secara berkala kepada Jawatankuasa Pengurusan Audit dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Untuk membuat laporan, sila layari halaman Pemberian Maklumat (Whistleblowing) kami.

 

CoBE

Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan PETRONAS (CoBE) mengandungi kenyataan dasar terperinci tentang piawaian tingkah laku dan etika yang diharapkan daripada setiap individu yang tertakluk kepada CoBE.

CoBE – Peruntukan Negara Berkenaan dengan penggunaan CoBE antarabangsa, beberapa peruntukan dalam CoBE akan disesuaikan dengan keperluan bidang kuasa tempatan di mana PETRONAS beroperasi. Peruntukan Negara ini adalah untuk memenuhi keperluan bidang kuasa tempatan yang berkaitan, perundangan yang berkenaan dan adat resam sosial.

Panduan CoBE Panduan CoBE ialah panduan yang mudah digunakan bertujuan untuk menerangkan penggunaan CoBE dalam amalan.


Baca lebih lanjut
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) (Versi semakan berkuat kuasa pada 18/8/22)
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) - Bahasa Arab
PETRONAS Code of Conduct and Business Ethics (CoBE) - Portuguese
Country Supplement (Malaysia)
Country Supplement (Argentina)
Country Supplement (Australia)
Country Supplement (Austria)
Country Supplement (Azerbaijan)
Country Supplement (Belgium)
Country Supplement (Brazil)
Country Supplement (Brazil) - Bahasa Portugal
Country Supplement (Brunei)
Country Supplement (Kanada)
Country Supplement (China)
Country Supplement (Mesir)
Country Supplement (Jerman)
Country Supplement (Hong Kong) 
Country Supplement (India)
Country Supplement (Indonesia)
Country Supplement (Iraq) - Bahasa Inggeris
Country Supplement (Iraq) - Bahasa Arab
Country Supplement (Italy)
Country Supplement (Jepun)
Country Supplement (Mauritania)
Country Supplement (Mexico)
Country Supplement (Myanmar)
Country Supplement (Belanda)
Country Supplement (Oman) - English 
Country Supplement (Oman) - Arabic 
Country Supplement (Filipina)
Country Supplement (Poland)
Country Supplement (Portugal)
Country Supplement (Singapura)
Country Supplement (Suriname) 
Country Supplement (Sepanyol)
Country Supplement (Afrika Selatan)
Country Supplement (Sudan Selatan)
Country Supplement (Sudan)
Country Supplement (Thailand)
Country Supplement (Turkmenistan)
Country Supplement (Turkiye)
Country Supplement (UAE) - Bahasa Inggeris 
Country Supplement (UAE) - Bahasa Arab 
Country Supplement (UK)
Country Supplement (USA) 
Country Supplement (Vietnam)
CoBE Guide (kemas kini sedang dilaksanakan)

Kod Tatalaku Kontraktor PETRONAS mengenai Hak Asasi Manusia

  • Menghormati hak asasi manusia yang diiktiraf antarabangsa, mematuhi Kod Tatakelakuan dan Etika Perniagaan (CoBE) PETRONAS dan semua keperluan undang-undang yang berkaitan.
  • Mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan dasar dan garis panduan yang sesuai diwujudkan bagi menunjukkan penghormatan terhadap hak asasi manusia, termasuk yang berkaitan dengan pekerja dan kakitangan kontrak yang menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS. Dasar dan garis panduan ini hendaklah termasuk hak pekerja, keselamatan dan kesihatan tempat kerja, sekuriti dan syarat pekerjaan. Kandungan dasar dan garis panduan ini hendaklah dimaklumkan kepada pekerja dan kakitangan kontrak dalam bahasa yang difahami oleh mereka.
  • Menyediakan latihan kesedaran hak asasi manusia kepada pekerja dan kakitangan kontrak serta memastikan semua pekerja dan kakitangan kontrak yang menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS menghadiri latihan tersebut.
  • Menetapkan mekanisme aduan bagi pekerja, kakitangan kontrak dan mana- mana pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan untuk PETRONAS. Mekanisme aduan ini hendaklah dimaklumkan kepada mereka dan dalam bahasa yang difahami oleh mereka.
  • Menyediakan maklum balas yang tepat pada masanya kepada PETRONAS mengenai prestasi hak asasi manusia kontraktor dalam tempoh kontrak, seperti yang dikumpulkan melalui interaksi dengan kakitangan, soal selidik dan kaedah lain yang sesuai seperti yang diperlukan.

Seiring dengan Komitmen Hak Asasi Manusia PETRONAS, kami berusaha untuk bekerjasama dengan Kontraktor yang berkongsi nilai integriti kami, komited untuk memerangi rasuah dan korupsi serta memberikan sumbangan kepada pembangunan lestari. PETRONAS memerlukan Kontraktor untuk:

  1. Kebebasan Buruh, dengan tidak mengambil atau menggaji orang, di bawah apa- apa keadaan, tanpa persetujuan mereka sendiri atau terlibat dalam buruh terikat/perhambaan hutang.
  2. Pencegahan Buruh Kanak-kanak, dengan tidak menggaji kanak-kanak di bawah umur minimum yang ditetapkan oleh mana-mana negara. Pekerja dan kakitangan kontrak mesti berusia sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun (melainkan ditentukan oleh undang-undang tempatan negara tuan rumah).
  3. Gaji dan Faedah, dengan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dengan pampasan pekerja, termasuk gaji minimum, jam kerja lebih masa dan faedah yang diamanatkan secara undang-undang.
  4. Jam Kerja, dengan mematuhi undang-undang tempatan negara tuan rumah atau perjanjian mengenai jam kerja, jam kerja lebih masa, dan bekerja semasa hari cuti.
  5. Mewujudkan Mekanisme Pengaduan, yang menyediakan cara melaporkan aduan dan langkah-langkah tindakan lanjut yang sesuai dan pada masa yang sama memastikan identiti pengadu dilindungi.
  6. Tanpa Diskriminasi, dengan menghormati kepelbagaian di tempat kerja dan tidak terlibat dalam apa-apa diskriminasi yang tidak sah berdasarkan jantina, bangsa, etnik, warna kulit, agama, kewarganegaraan, orientasi seksual, umur, status perkahwinan, kehamilan, hubungan politik, atau kecacatan dalam amalan pengambilan pekerja dan pekerjaan.
  7. Kebebasan Berpersatuan, dengan menghormati hak undang-undang pekerja untuk menjadi ahli kesatuan buruh atau sebaliknya.
  8. Perlakuan Berperikemanusiaan, dengan menghormati hak pekerja dan memastikan tiada perlakuan yang kasar dan tidak berperikemanusiaan, termasuk apa-apa bentuk paksaan mental atau fizikal, atau penghinaan lisan ke atas pekerja.
  9. Pekerja Asing atau Migran,jika pekerja asing atau migran dilibatkan, mereka harus bekerja sepenuhnya mematuhi undang-undang buruh dan imigresen negara tuan rumah. Sebelum diambil kerja, terma-terma asas pekerjaan mesti disediakan kepada pekerja dalam bahasa natif atau bahasa yang difahami mereka. Pasport dan bentuk pengenalan peribadi lain mesti kekal dalam milik pekerja pada setiap masa dan tidak boleh ditahan oleh Kontraktor atau mana-mana pihak ketiga bagi mematuhi sepenuhnya undang-undang buruh dan imigresen negara tuan rumah.

PETRONAS akan menilai pematuhan Kontraktor dari semasa ke semasa melalui Penunjuk Prestasi Kontraktor (Contractors' Performance Indicator), dan kegagalan oleh Kontraktor untuk mematuhi peruntukan dan piawaian yang dinyatakan dalam Prinsip-prinsip ini boleh mengakibatkan pengakhiran hubungan pihak yang tidak patuh dengan PETRONAS dan juga kesan-kesan lain yang merugikan.

Prinsip-prinsip ini akan terpakai kepada semua kontraktor, subkontraktor, perunding, pembekal, ejen, wakil dan pihak lain yang melaksanakan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak kumpulan syarikat PETRONAS. Menjadi tanggungjawab Kontraktor untuk memastikan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan kerja dan/atau perniagaan bagi pihak mereka juga mematuhi Prinsip-prinsip ini.

Polisi ini merangkumi komitmen utama kami untuk menghormati hak asasi manusia, yang juga tercermin dalam polisi-polisi lain, kerangka, garis panduan, dan proses di seluruh perniagaan kami.

Kenyataan Polisi

PETRONAS komited untuk menghormati semua hak asasi manusia yang diiktiraf secara antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan Deklarasi Organisasi Buruh Antarabangsa mengenai Prinsip Asas dan Hak di Tempat Kerja, yang dipacu oleh Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGPs) dan Garis Panduan OECD untuk Syarikat Multinasional mengenai Tingkah Laku Perniagaan Bertanggungjawab, pematuhan semua undang-undang yang terpakai di negara-negara di mana kami beroperasi.

Penyampaian

Penghormatan dan pengiktirafan terhadap hak asasi manusia yang diiktiraf secara antarabangsa
Kami komited untuk menghormati hak asasi manusia semua orang yang terkesan oleh aktiviti kami, serta menghormati kepelbagaian dan inklusiviti, menghapuskan semua bentuk diskriminasi sebagaimana ditakrifkan oleh undang-undang yang terpakai, perhambaan moden, buruh kanak-kanak dan perdagangan manusia.

Pengambilan pendekatan berasaskan risiko terhadap kajian keselamatan hak asasi manusia
Kawasan yang penting termasuk buruh dan syarat-syarat kerja, rantaian bekalan, keselamatan bertanggungjawab, kesejahteraan komuniti dan bagaimana mereka terkesan oleh, antara lain, perubahan iklim, isu-isu alam sekitar dan peralihan tenaga.

Kami menggunakan pendekatan kajian keselamatan berasaskan risiko untuk mengenal pasti, mencegah, mengurangkan dan menangani impak hak asasi manusia yang sebenarnya dan berpotensi wujud daripada aktiviti yang dilakukan di seluruh organisasi, serta berpunca secara langsung dari operasi, produk atau perkhidmatan kami, dengan memberi tumpuan kepada risiko yang signifikan dan kawasan keutamaan, dan dengan buah fikiran daripada interaksi bersama pihak berkepentingan yang relevan.

Akses kepada mekanisme aduan yang efektif dan penyelesaian
Kami komited untuk berganding dan bekerjasama dalam pemulihan impak hak asasi manusia yang merugikan dan dikenal pasti telah menyebabkan atau menyumbang kepadanya. Mekanisme aduan kami direka untuk bersifat sulit, pantas bertindak, tidak melawan dan adil. Kami berusaha memastikan bahawa mekanisme aduan kami boleh diakses oleh semua pihak berkepentingan, termasuk di dalam dan di luar organisasi kami.

Pentadbiran & Pelaksanaan

Polisi ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah, dan pelaksanaannya diawasi oleh pasukan kepemimpinan. Pengurusan hak asasi manusia di PETRONAS dipacu oleh dokumen sokongan, termasuk Kod Tingkah Laku dan Etika Perniagaan (CoBE) kami dan Kod Tingkah Laku Kontraktor kami mengenai Hak Asasi Manusia (CoCHR).

Dasar ini terpakai kepada setiap pekerja, pengarah, dan pegawai PETRONAS. Pihak ketiga yang mungkin melakukan kerja atau perkhidmatan untuk atau bagi pihak PETRONAS dan syarikat usahasama di mana PETRONAS bukanlah pemegang saham kawalan dan syarikat bersekutu PETRONAS digalakkan untuk menerima pakai Polisi ini atau prinsip-prinsip serta standard yang serupa.

Klik di sini lihat Polisi Hak Asasi Manusia

CoBE disokong oleh Manual Anti Rasuah dan Korupsi PETRONAS yang terpakai kepada semua pekerja serta pihak ketiga. PETRONAS menguatkuasakan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan korupsi. Dasar Tiada Hadiah dan Rangka Kerja Kepatuhan Integriti PETRONAS secara kolektif bertujuan memperkukuh budaya etika dan integriti di seluruh Kumpulan.

Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing) menggalakkan pendedahan mengenai apa-apa bentuk salah laku, dengan Jawatankuasa Pemberian Maklumat mempertimbangkan perkara yang dibangkitkan. Kemas kinian diberikan secara berkala kepada Jawatankuasa Pengurusan Audit dan Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah. Untuk membuat laporan, sila layari halaman Pemberian Maklumat (Whistleblowing) kami.

 


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots