PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kenyataan Berkenaan Dakwaan Rampasan Aset PETRONAS di Luxembourg

2022 Media Release - 12 Jul

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2022 – PETRONAS merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk 'PETRONAS subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia'

Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022.

PETRONAS ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini, PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan PETRONAS South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telahpun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya.

PETRONAS menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan PETRONAS dari segi undang-undang dalam hal ini.

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots