PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Melindungi Alam Sekitar

PETRONAS gigih berusaha untuk mengurangkan impak alam sekitar secara kolaboratif dengan beralih kepada penyelesaian tenaga karbon yang lebih rendah selain menggunakan operasi dan teknologi yang inovatif.

  • Alam Semula Jadi dan Biodiversiti
  • Ekonomi Kitaran
  • Pengurusan Alam Sekitar
  • Kisah Kami

Mengapa Ianya Penting

Biodiversiti ialah keseluruhan kehidupan di bumi merangkumi flora, fauna,organisma mikro, ekosistem dan habitat serta hubung kait antara semuanya.

Kami bergantung kepada rangkain kehidupan ini, daratan dan marin, untuk mendapatkan akses kepada air segar, makanan, ubat-ubatan dan iklim yang stabil - semuanya membantu mengekalkan mata pencarian, kesihatan manusia dan ekonomi.

Ketidakupayaan untuk memulihara dan melindungi biodiversiti akan menjejaskan manfaat yang disediakannya. Sebagai contoh, hutan dan tanah paya adalah penting dalam usaha memerangi perubahan iklim dengan memerangkap karbon selain menyediakan habitat untuk pelbagai spesies, melindungi pantai dan menyokong komuniti setempat sebagai sumber mata pencarian.

PETRONAS juga bergantung kepada biodiversiti dan rangkaian ekosistem seperti air, tanah dan marin.

Oleh itu, kami secara proaktif berusaha untuk melindungi dan, jika perlu, mengurangkan kehilangan biodiversiti untuk mengelakkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, yang boleh memberi kesan kepada keupayaan kami untuk menyampaikan matlamat perniagaan kami dan Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050. Dalam konteks ini, melindungi biodiversiti adalah amat penting kepada PETRONAS.

 

Pendekatan Kami

Pada tahun 2022, PETRONAS telah menetapkan kedudukan kami mengenai alam semula jadi dan kepelbagaian biologi (Kedudukan) bagi meningkatkan jangkauan kawalan terhadap jejak alam semula jadi dan kepelbagaian biologi kami di peringkat perusahaan dan memperkukuhkan pencapaian aspirasi Hala Tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 kami. Dalam menetapkan kedudukan ini, PETRONAS berpandu kepada pelbagai perjanjian antarabangsa dan dasar nasional seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Dasar Kepelbagaian Biologi Nasional Malaysia 2016-2025, serta amalan terbaik industri daripada organisasi seperti Ipieca (iaitu pertubuhan minyak dan gas global untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan sosial dalam peralihan tenaga) dan Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Lestari (WBCSD).

Kedudukan ini terdiri daripada lima bidang tindakan yang menunjukkan kepemimpinan yang jelas dalam pemuliharaan alam semula jadi dan biodiversiti, dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber yang tepat untuk memberi kesan positif kepada negara dan rantau ASEAN, dan negara-negara di mana kami beroperasi.

Lima Bidang Tindakan Kami

 

title

 

* Nilai Universal Cemerlang, yang bermaksud kepentingan budaya dan/atau semula jadi yang begitu luar biasa sehingga melampaui sempadan negara dan menjadi kepentingan bersama untuk generasi kini dan akan datang bagi semua manusia.

Akan ditentukan menggunakan analisis akhir pemprofilan risiko Perkhidmatan Ekosistem dan Biodiversiti (BES) dengan menggunakan Alat Penilaian Biodiversiti Bersepadu (IBAT).
** [Sumber: Pusat Warisan Dunia UNESCO - Kompendium]

Pada tahun 2023, kami menyertakan pelaporan lokasi operasi PETRONAS Malaysia di Kawasan Terlindung dan Kawasan Biodiversiti Utama. Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan data daripada Alat Penilaian Biodiversiti Bersepadu (IBAT).Objektif aktiviti ini adalah untuk mengenal pasti aset yang mempunyai pengkategorian risiko "Sangat Tinggi" dan "Tinggi".

 

Peta untuk memaparkan usaha pemuliharaan biodiversiti PETRONAS melalui Impak Sosial di seluruh dunia

title

 

Mengapa Ianya Penting

Ekonomi kitaran ialah pendekatan sistemik yang beralih daripada ekonomi linear (ambil-buat-buang) kepada satu sistem yang memanjangkan kitaran hayat bahan dan sumber, akhirnya mengurangkan sisa ke tahap yang minimum.

Bagi PETRONAS, ekonomi kitaran adalah penting kepada Agenda Kemampanan kami, diterapkan di seluruh kumpulan untuk:

  1. Membolehkan masa depan rendah sisa
  2. Mengemudi sumber semula jadi
  3. Mengurangkan jejak karbon kami sambil mencipta nilai

Kami menetapkan matlamat untuk menyumbang kepada masa depan yang berfungsi secara kitaran, seterusnya menyediakan penyelesaian yang berkesan kepada pihak berkepentingan kami dan kemajuan masyarakat kami melalui inovasi dan kerjasama.

Lima pendekatan untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran di PETRONAS

Ekonomi kitaran PETRONAS ialah sebahagian daripada pendekatan kami terhadap kelestarian, yang diterapkan di seluruh Kumpulan untuk mencipta nilai. Dalam mewujudkan masa depan yang rendah sisa buangan, menguruskan sumber semula jadi dan mengurangkan jejak karbon kami di seluruh PETRONAS, terdapat projek-projek ekonomi kitaran dengan pelbagai saiz dan tahap kematangan.

Di bawah adalah lima pendekatan untuk mengamalkan Ekonomi Kitaran di dalam PETRONAS:

Kitaran Karbon

Sistem kitaran tertutup yang melibatkan 4R (kurangkan, guna semula, kitar semula, hapus) untuk menguruskan pelepasan karbon.

Penyelesaian Bio

Penggunaan input atau produk bioasas(guna semula) untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan yang terhad.

Penggunaan Semula dan Kitar Semula

Melanjutkan kitaran hidup bahan/sumber/kemudahan kepada tujuan asal atau baharu untuk mengurangkan sisa.

Sisa Buangan kepada Produk

Penukaran sisa buangan kepada bahan asas atau produk lain untuk mewujudkan aliran pendapatan baru.

Model Perkongsian

Pengoptimuman sumber melalui platform perkongsian bagi meningkatkan kecekapan kos dan mengurangkan sisa.

Mengapa Ianya Penting

Menguruskan kualiti alam sekitar adalah penting untuk pemeliharaan planet kita dan perlindungan ekosistem semula jadi. Aktiviti perniagaan yang tidak bertanggungjawab boleh memberikan kesan yang buruk, seperti tumpahan minyak, pencemaran udara, dan kekurangan sumber. Pelbagai akibat ini tidak hanya memberikan kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, tetapi juga memberikan ancaman kepada biodiversiti dan kelestarian planet kita. Menguruskan kualiti alam sekitar melibatkan penggunaan sumber secara bertanggungjawab, pencegahan pencemaran, dan amalan mampan yang dapat membantu mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Pendekatan Kami

Di PETRONAS, kami mengiktiraf peranan penting kami dalam menguruskan hubungan kami dengan alam sekitar. Sepanjang operasi dan perniagaan kami, kami melaksanakan pelbagai penilaian, amalan dan pelan tindakan khusus di lapangan untuk melindungi alam sekitar.

Dalam komitmen kami terhadap urus selia alam sekitar, selain pelepasan gas rumah hijau dan sisa buangan, PETRONAS juga memberi tumpuan kepada bidang lain yang mempunyai impak yang signifikan, iaitu pelepasan udara, pengurusan air, pencegahan tumpahan minyak dan penyahtauliahan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai data pengurusan alam sekitar kami.

Berpandu kepada prinsip, rangka kerja dan piawaian antarabangsa

  • Piawaian negara tuan rumah untuk reka bentuk dan operasi peralatan pencegahan dan kawalan pencemaran
  • Bank Dunia/Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) Garis Panduan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (Garis Panduan EHS) Kumpulan
  • Institut Sumber Dunia (WRI) Atlas Tekanan Air Akueduk
  • Penilaian Pilihan Penyahtauliahan (DOA)

 

Memanfaatkan Tenaga Matahari

PETRONAS menyertai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) jangka panjang terbesar untuk tenaga solar di Malaysia dengan Lotus Stores (dahulunya dikenali sebagai TESCO) pada bulan Julai 2020. PPA selama 20 tahun ini melibatkan reka bentuk, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan panel fotovoltaik solar untuk 15 Lotus Stores terpilih di negara ini. Dibekalkan oleh NE Suria Satu Sdn Bhd, usaha sama antara PETRONAS dengan NEFIN Group, panel-panel tersebut dijangka dapat menghasilkan secara kolektif kira-kira 18 Gigawatt-jam tenaga bersih setahun, sekali gus membolehkan Lotus Stores mengurangkan lebih 12,500 tan pelepasan karbon. Pada suku ketiga tahun 2020, kerja pemasangan telah siap dilakukan di 13 Lotus Stores.

Memulihara Penyu Belimbing Hawksbill di Mexico

Operasi anak syarikat PETRONAS di Mexico, PC Carigali Mexico Operations, bekerjasama dengan Grupo Ecologista Quelonios (GEQ), iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang komited memperjuangkan perlindungan dan pemuliharaan penyu belimbing Hawksbill terancam di Punta Xen Centre, Champoton, Campeche, untuk memudahkan pemulihan dan penambahbaikan fasiliti pusat.

Kerjasama ini akan meliputi pemulihan bangunan utama untuk menambah baik penginapan pekerja dan gudang untuk menyimpan kelengkapan dan bahan-bahan untuk usaha pemuliharaan. Kerjasama ini juga akan membantu mencipta kawasan bertelur yang lebih besar dan dilindungi untuk telur penyu serta perlindungan yang lebih baik untuk penyu kecil sebelum mereka dilepaskan ke laut.

Sehingga September 2020, sejumlah 167,288 ekor penyu telah dilepaskan dengan selamat ke laut, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2019, sekali gus menjadikannya hasil yang amat bermakna daripada dedikasi pasukan projek.

Mengurangkan Penggunaan Tenaga Sebanyak 407,880 kWh Setahun

Untuk menyokong Agenda Nasional Malaysia mengenai perubahan iklim dan matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau secara keseluruhan, INSTEP telah bekerjasama dengan TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan kos melalui pelaksanaan Peralatan Berkecekapan Tinggi CAPEXLESS. Projek MAGELLAN dirintis di INSTEP dan melibatkan penggantian pencahayaan dioda pemancar cahaya (LED) dan penerangan tiang tinggi di kawasan bukan proses. Dengan berbuat demikian, INSTEP dijangka dapat menjimatkan sebanyak 407,880 kWh setahun penggunaan tenaga, serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 283 tan.

Pengkomposan 15,000 kg Sisa Makanan Setahun

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) sedang melaksanakan teknologi pengkomposan makanan pertama Kumpulan PETRONAS dengan memasang rumah pengkomposan di kampus, yang dijangka dapat melakukan pengkomposan kira-kira 15,000 kg sisa makanan setiap tahun. Pengkomposan makanan menutup lompang kelestarian dan membantu mencapai sisa makanan sifar dengan mengubahnya menjadi baja organik kompos atau baja kegunaan menanam selain menjadikan kampus lebih hijau.

Kelestarian sebagai Teras Projek Kampus Kepimpinan Baharu PETRONAS

Pasukan Projek Kampus Kepimpinan Baharu PETRONAS memberikan maklum balas terhadap hasrat ke arah masa depan yang lestari, memulakan usaha tersebut dengan pejabat tapak utama pembinaan, yang juga dikenali sebagai The Cubic. Aspirasi projek adalah untuk mencapai pensijilan Double-Platinum oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan LEED USA sejajar dengan Pendekatan Kelestarian PETRONAS. Perjalanan ke arah pensijilan Platinum diperteguh melalui pencapaian tahap Reka Bentuk Platinum oleh Panel Akreditasi GBI.

Ciri-ciri bangunan lestari telah diterapkan dalam reka bentuk The Cubic. The Cubic dibina dengan menggunakan bekas kabin yang diubah suai untuk memudahkan pergerakan udara dan dilengkapi Panel Solar Fotovoltaik yang dapat memenuhi permintaan tenaga sebanyak 73 KWp. Melalui kerjasama dengan VERITAS, syarikat reka bentuk seni bina pelbagai disiplin, struktur seperti tempat kerja dilengkapi barangan dan bahan yang diguna semula. The Cubic juga dilengkapi sistem pengumpulan air hujan untuk kegunaan bilik air dan pengairan. 

Usaha kelestarian turut dijadikan sebahagian daripada skop kerja, seperti penekanan terhadap "3R - Reduce, Reuse & Recycle" pada bahan yang digunakan, komunikasi prosedur aduan dalam pelbagai bahasa kepada pekerja, interaksi dengan komuniti tempatan dalam pengurusan kantin, serta penglibatan dalam aktiviti sukan bersama-sama dengan perunding dan kontraktor.

Tujuan Kampus ini adalah untuk "Menginspirasikan Pemimpin untuk Berkembang". Dengan ruang-ruang ditampilkan yang menggalakkan kerjasama sosial dan pengalaman pembelajaran inovatif untuk menyokong budaya kerja PETRONAS. Kampus ini juga mencerminkan inti pati kelestarian yang mendukung Pendekatan Kelestarian PETRONAS.

Meningkatkan Akses kepada Tenaga Bersih

Sebagai peserta LNG global yang bersepadu sepenuhnya, kami mencipta nilai bagi pelanggan kami dengan memperkenalkan penyelesaian yang disesuaikan dan lestari untuk memenuhi keperluan tenaga mereka. Kami merintis kerjasama domestik penyedia perkhidmatan bunkering LNG melalui kerjasama kami dengan Avenir LNG Ltd untuk mempromosikan LNG sebagai bahan api marin pilihan dan menyediakan perkhidmatan pemindahan LNG dari kapal ke kapal bagi pelanggan dengan keperluan tenaga yang lebih kecil. Pada tahun 2020, kami menubuhkan Sistem Talian Paip Maya, satu penyelesaian untuk mengangkut LNG melalui trak ke pelanggan luar grid yang terletak jauh dari paip utama, serta kepada pelanggan skala kecil. Penyelesaian-penyelesaian ini berganding bahu untuk menjadikan LNG bahan api yang lebih bersih dan lebih mudah diakses kepada seluruh dunia. Justeru, bersama-sama kita dapat mengurangkan pelepasan karbon.

Bekerjasama untuk Ekonomi Plastik Baharu

Melalui anak syarikat petrokimia kami, PETRONAS Chemicals Sdn Bhd (PCG), kami sedang melakar pertumbuhan lestari dengan menyeimbangkan matlamat perniagaan dengan keperluan alam sekitar. Untuk memperkukuh pendekatan kelestarian kami, PCG telah memperkenalkan inisiatif Ekonomi Plastik Baharu (New Plastics Economy, NPE), iaitu sebuah program holistik yang bertujuan mengubah sisa plastik menjadi sumber bernilai untuk dikitar semula ke dalam ekonomi pusingan. Melalui pendekatan empat aspek yang meliputi pendidikan, inovasi, infrastruktur, dan pembersihan di bawah program NPE, PCG berhasrat untuk memberikan pengetahuan dan gerak laku yang betul, bekerjasama untuk sistem pemulihan sisa yang lestari, dan membangunkan penyelesaian bagi masalah pencemaran plastik yang semakin meningkat di Malaysia. PCG juga mengambil peranan kepimpinan dalam membentuk masa depan inisiatif ekonomi pusingan Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Alam Sekitar dan disokong oleh ahli Malaysia Plastic Pact, termasuk Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA).

Pemuliharaan 30,000 Hektar Hutan Hujan

Dengan kerjasama Yayasan Sabah, kami telah melabur lebih RM83 juta untuk pemuliharaan kawasan Imbak Canyon sejak tahun 2010. Imbak Canyon merupakan habitat kepada 82 spesies haiwan, 242 spesies burung dan lebih 50 spesies tumbuhan perubatan, dan dianggap sebagai kawasan hutan simpanan Kelas-1. Keadaannya yang tidak tercemar juga menjadikannya sesuai untuk penyelidikan dalam penyelesaian lestari alam sekitar seperti pengurangan karbon. Kami juga telah menubuhkan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (Imbak Canyon Conservation Area, ICCA), yang terlibat dalam penyelidikan, penghutanan semula (reforestation), pendidikan awam dan latihan peneraju masa depan.

1,500 Bebola Terumbu Memupuk Biodiversiti Marin

Melalui projek Biodiversiti, Alam Sekitar dan Pemuliharaan (Biodiversity, Environmental, and Conservation, BEACON), PETRONAS (melalui MLNG Sdn Bhd) dan Sarawak Forestry Corporation telah membina 1,500 unit bebola terumbu buatan di kawasan lebih a 120 km2 di perairan Taman Negara Similajau, luar pesisir pantai Bintulu, Sarawak dari tahun 2013 hingga 2015. Bebola terumbu ini melindungi habitat penting hidupan laut terancam daripada aktiviti memancing haram. Bebola terumbu ini menyerupai batu kapur dan telah membantu terumbu karang untuk menjana semula dan kini sepenuhnya dilindungi oleh lebih 10 spesies karang keras, yang menjadi tempat tinggal sotong, ketam, udang, siput laut, siput, kerang dan pelbagai spesies ikan. Selain itu, usaha ini telah menyaksikan kura-kura hijau bertelur kembali di Taman Negara Similajau selepas menghilang selama tujuh tahun.

Selain meningkatkan stok ikan dan mengekalkan mata pencarian nelayan tempatan, projek BEACON juga bertujuan memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingan memulihara biodiversiti hidupan. Usaha ini dilakukan melalui program seperti pembersihan terumbu dan pembersihan pantai secara berkala bersama pihak berkepentingan dan masyarakat setempat.

11,000 meter persegi Hutan Bakau yang Mengujakan

Program Pusat Pendidikan EcoCare (EcoCare Education Centre, EEC) kami menerajui inisiatif Pemuliharaan Bakau, yang telah menjadi kegiatan berterusan dalam kalangan masyarakat setempat. Usaha ini penting dalam memelihara biodiversiti kawasan paya bakau yang kaya di kawasan operasi loji kami selain membentuk semangat sukarelawan dalam aktiviti lestari.

Ditubuhkan pada tahun 2013, EEC merupakan pusat alam sekitar pertama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Pusat ini menampilkan paparan, pameran, dan maklumat yang berkaitan dengan ekosistem Sungai Kerteh. Suatu kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS), EEC telah menjadi tempat yang popular untuk penyelidik serta pelajar universiti yang menjalani latihan industri. Pada tahun 2019, lebih 4,000 pengunjung telah menyertai inisiatif kami untuk menanam lebih 6,000 pokok yang menutupi kawasan seluas 2,500 meter persegi di sepanjang Sungai Kerteh, Terengganu.


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots