PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Memajukan Tenaga

Pengurusan Karbon

Misi kami adalah untuk menerajui penyelesaian penyahkarbonan melalui inisiatif Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) dan Penyahkarbonan Fizikal.

Dengan memanfaatkan kepakaran sedia ada, kami menawarkan CCS sebagai perkhidmatan untuk menyahkarbonkan industri yang sukar dibasmi di dalam negara atau di peringkat antarabangsa. Kami komited untuk menawarkan penyelesaian CCS bersepadu dalam menerajui pembangunan pusat CCS di Malaysia.

Melalui Penyahkarbonan Fizikal, kami memberi tumpuan kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau daripada operasi Huluan, serta memaksimumkan nilai hidrokarbon dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

  • Tentang Kami
  • Penyahkarbonan Fizikal
  • Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon
  • Berita & Hubungi Kami

Pengurusan Karbon ditubuhkan bagi memacu usaha penyahkarbonan utama di operasi Huluan dan mewujudkan platform bersepadu untuk menyelaras pengurusan CCS PETRONAS. Dengan pembentukan Pengurusan Karbon, kami berhasrat agar penyahkarbonan dapat dipacu dengan pantas bagi mencapai aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang tahun 2050 dan MFT30 PETRONAS.

 

Visi Kami:

Meletakkan Malaysia sebagai pusat serantau bagi pengurusan karbon dalam memacu peralihan kepada masa depan rendah karbon.

 

Misi Kami:

Menerajui sektor tenaga dengan penyelesaian mampan, serta menawarkan perkhidmatan CCS yang maju dan inisiatif Penyahkarbonan Fizikal yang berkesan.

 

Perkhidmatan Kami:

Kemudahan penyimpanan karbon canggih dan perkhidmatan perkapalan LCO2 kami menawarkan penyelesaian pengurusan karbon yang komprehensif bagi merealisasikan penyahkarbonan aset Huluan dan pengeluar industri melalui infrastruktur pengangkutan dan penyimpanan CO2 yang kritikal.

 

Hala Tuju Kami:

 

title

Penyahkarbonan Fizikal dalam Huluan PETRONAS

Penyahkarbonan Fizikal berfungsi sebagai rakan strategik taktikal dan penyelesaian sehenti untuk menyahkarbon aset dan produk Huluan. Perkhidmatan kami memberi tumpuan kepada:

  • Mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) daripada sumber fizikal di operasi Huluan.
  • Memaksimumkan nilai hidrokarbon.

Dengan mengurangkan intensiti GHG daripada tiga lensa pengeluaran—kemudahan permukaan, saluran paip, dan terminal—Penyahkarbonan Fizikal berusaha ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih bagi operasi. Selaras dengan Strategi Peralihan Tenaga PETRONAS, Penyahkarbonan Fizikal bertujuan membawa Huluan PETRONAS ke barisan hadapan dalam membekalkan tenaga mampan dengan membayangkan masa depan karbon sifar bersih.

Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS)

CCS merupakan penyelesaian penyahkarbonan penting untuk mengurangkan pelepasan CO2 dengan memerangkap CO2 hasil daripada aktiviti perindustrian dan menghantarnya dengan selamat untuk disimpan di bawah tanah dalam formasi geologi.

Sebagai rakan penyelesaian bersepadu, bahagian CCS kami menerajui pembangunan pusat CCS di Malaysia, serta komited untuk mewujudkan ekosistem dan rantaian nilai yang menyeluruh.

Perkhidmatan kami termasuk:

Pengangkutan CO2

Menghantar CO2 yang diperangkap ke tapak penyimpanan CO2 dengan selamat.

Tapak Penyimpanan dan Suntikan CO2

Mengenal pasti dan menilai tapak penyimpanan yang optimum untuk suntikan CO2 berdasarkan kesesuaian geologi dan pematuhan peraturan, serta memastikan penyimpanan bawah tanah yang selamat.

Pengukuran, Pemantauan dan Pengesahan

Melaksanakan proses pemantauan dan pengesahan yang ketat untuk memastikan integriti dan keselamatan CO2 yang disimpan.

Malaysia’s CCS Hubs

 

Rantaian Nilai CCS

Rantaian nilai CCS termasuk pemerangkapan CO2 daripada sumber industri, pengangkutan, dan suntikan di fasiliti penyimpanan CO2. Kami menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan dan Penyimpanan menyeluruh, serta memastikan penyimpanan CO2 yang cekap dan selamat dengan rangkaian penyelesaian komprehensif kami.

 

title

 

Dapatkan berita dan sorotan terbaru daripada Bahagian Pengurusan Karbon kami. Bahagian Berita & Media kami menampilkan acara utama dan pencapaian penting dalam perjalanan kami menuju masa depan yang mampan dan rendah karbon.

Berminat untuk berkolaborasi dengan kami?

Hubungi kami sekarang untuk meneroka penyelesaian kami.

Klik sini!


Know more about PETRONAS

 

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots