Peruncitan di Malaysia
Bahagian pemasaran domestik kami, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), mengendalikan rangkaian runcit bahan api terbesar di Malaysia dengan lebih 1,000 stesen di seluruh negara, yang direalisasikan melalui rangkaian logistik dan pengedaran yang komprehensif.
Kami mengutamakan pelanggan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Janji kami untuk menjadikan kehidupan harian pelanggan lebih mudah dan lebih baik mendorong kami untuk terus berinovasi dan mengembangkan penawaran yang berbeza untuk memberikan lebih keselesaan dan nilai kepada pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan yang lain. Rangkaian peruncitan bahan api yang luas, bersama-sama dengan portfolio bukan bahan api kami yang berkembang, merangkumi kira-kira 900 kedai serbaneka Kedai Mesra yang berada di lokasi yang strategik, direka khusus untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada bandingannya.
Kami telah memperluas portfolio bukan bahan api kami. Café Mesra, memenuhi keperluan pelanggan kami yang menjangkaui bahan api, tersedia di stesen PETRONAS terpilih dan selainnya.
Aplikasi Setel kami yang inovatif, iaitu aplikasi mudah alih pertama di Malaysia untuk pengisian bahan api yang lancar dan banyak lagi, membawa usaha kami untuk menyediakan kemudahan yang selesa ke tahap yang lebih baik. Dilancarkan pada tahun 2019, Setel kini dilengkapi dengan lebih banyak ciri dan perkhidmatan termasuk pembayaran tempat parkir, insurans kenderaan bermotor, bantuan kenderaan, bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan di mana-mana saja mereka berada.
Komitmen kami terhadap amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) terus mendorong usaha untuk membentuk landasan yang melindungi masa depan perniagaan, pihak berkepentingan, dan komuniti di tempat kami beroperasi.
Sejajar dengan fokus terhadap kelestarian yang lebih besar, kami mencapai kemajuan yang mantap dalam banyak bidang terutamanya dalam usaha tenaga bersih. Bersama-sama dengan rakan strategik, kami telah memperluas rangkaian pengecas kenderaan elektrik di stesen kami. Kami juga telah merintis penggunaan Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) di negara ini untuk menyokong usaha perindustrian penerbangan dalam mengurangkan karbon.
Sejak tahun 2015, PETRONAS Dagangan telah menjadi ahli syarikat konstituen yang diperakukan dalam Siri Indeks FTSE4Good, sekali gus mencerminkan amalan ESG yang ketara dalam syarikat kami yang diukur berdasarkan standard yang diiktiraf pada peringkat global.