Menerusi Yayasan PETRONAS, kakitangan boleh menjadi sukarelawan dan menyokong program untuk komuniti yang memerlukan di seluruh negara, dalam usaha memastikan peningkatan hasil sosio-ekonomi dan kejayaan bersama untuk semua melalui fokus ini:
Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP) mempromosikan semangat kerjasama pasukan di kalangan kakitangan melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan.
YPC adalah komuniti progresif yang menyatukan dan memperkasa bakat muda PETRONAS. Kelab ini bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalaman dan luaran dalam melaksanakan aktiviti dan inisiatif mereka.
Persatuan Isteri-Isteri Kakitangan & Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) ditubuhkan untuk memupuk perpaduan di kalangan pasangan kakitangan PETRONAS dan kakitangan wanita melalui aktiviti rekreasi, kebajikan, dan perkongsian pengalaman.
PETRONAS Leading Women Network (PLWN) atau Rangkaian Wanita PETRONAS (PLWN) adalah inisiatif strategik yang dilancarkan pada tahun 2015, yang komited untuk memajukan keterangkuman jantina dalam PETRONAS sebagai sebahagian daripada komitmen Kepelbagaian dan Keterangkuman (D&I) kami. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa kakitangan wanita, sambil mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan memuaskan, selaras dengan matlamat D&I organisasi.
Faedah Kakitangan
Di PETRONAS, kami sentiasa meneroka cara untuk meningkatkan dan menyesuaikan faedah kami agar selari dengan keperluan pelbagai kakitangan kami pada setiap peringkat kehidupan. Kami menyediakan sumber dan program yang bertujuan untuk memperkasa, mengejar matlamat profesional sambil menyokong kesejahteraan peribadi dan keluarga mereka.
Kesejahteraan anda adalah keutamaan kami. Kami menawarkan pelbagai faedah untuk membantu anda melalui liku-liku kehidupan.
Liputan Perubatan, Pergigian dan Optikal untuk pekerja dan tanggungan, vaksinasi, saringan kesihatan pencegahan, liputan penyakit mental, Program Bantuan Pekerja, dan banyak lagi.
Contribution / leadership role
×
Keluarga
Kami komited untuk memberikan sokongan kepada anda dan orang yang tersayang. Kesejahteraan keluarga anda sama pentingnya bagi kami seperti kesejahteraan anda sendiri.
Elaun Kanak-kanak Berkeperluan Khas, Pusat Penjagaan Kanak-kanak dengan subsidi (mengikut lokasi), Bilik Ibu, Cuti untuk Kemasukan Hospital Ahli Keluarga, Bantuan Pendidikan Kanak-kanak untuk Pekerja Multinasional, dan banyak lagi.
Contribution / leadership role
×
Flexi@PETRONAS
Kebebasan kami dalam pengaturan kerja dan pakaian kerja memberikan anda fleksibiliti untuk menguruskan masa dan hari anda dengan berkesan, sambil membolehkan anda tampil dengan versi terbaik diri anda di tempat kerja.
FlexiWork: Kerja Hibrid, Aturan Kerja untuk Pekerja dengan Tangggungan Terjejas oleh Penyakit Berjangkit, Elaun Keterhubungan.
FlexiHour: Jam Kerja Fleksibel, Minggu Kerja Padat, Ibu Mengandung Pulang Lebih Awal (LEFW).
FlexiWear: Pakaian Kasual Kemas.
Contribution / leadership role
×
Keseimbangan Kerja dan Kehidupan
Kami komited untuk menyokong keutamaan keseimbangan kerja dan kehidupan anda dengan menawarkan penyelesaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan peribadi dan profesional anda.
Detik Penting: Cuti Perkahwinan, Cuti Berperikemanusiaan, Cuti Bencana, Cuti Tanpa Gaji untuk Urusan Peribadi.
Komitmen Spiritual: Cuti Haji-Umrah, Cuti Ziarah.
Sosial dan Komuniti: Cuti Sukarelawan.
Gaya Hidup: Diskaun Eksklusif untuk Pekerja dan banyak lagi
Contribution / leadership role
×
Perkembagan Kerjaya
Pekembangan kerjaya anda adalah keutamaan kami, dan kami komited untuk mengangkat kejayaan serta memenuhi mencapaian potensi anda.
Bantuan Kewangan: Untuk melanjutkan pengajian, Program Pembangunan Kakitangan, Program Penghargaan, Cuti Belajar, Cuti Peperiksaan, dan banyak lagi.
Contribution / leadership role
×
Kewangan
Kami menawarkan ganjaran dan program yang kompetitif untuk memberikan anda keselamatan kewangan dan ketenangan fikiran.
Gaji: Elaun dan insentif berkaitan kemahiran dan jawatan.
Kesejahteraan Kewangan: Sumbangan tambahan untuk persaraan, program perancangan persaraan, dan banyak lagi.
Pembelajaran dan Pembangunan
Kami percaya dalam membina budaya berprestasi tinggi, di mana kami menarik dan mengekalkan bakat dengan kemahiran kritikal serta menawarkan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan membentuk semula kemahiran. Kami mengakui bahawa pekerja kami adalah kunci kepada kelestarian perniagaan, dan kami ingin memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran, pemikiran, dan tingkah laku yang sesuai.
Matlamat kami adalah untuk mentakrifkan semula pengalaman bakat dengan memberi tumpuan kepada sumber manusia, proses, dan platform. Kami ingin mewujudkan tenaga kerja yang berdaya, cerdas, dan berkemampuan untuk mencapai kemajuan bermakna dan memberikan kesan yang mampan. Untuk mencapainya, kami memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran masa depan dalam bidang seperti analitik, kelestarian, dan pendigitalan. Kami juga menggalakkan pekerja kami untuk mengambil tanggungjawab terhadap kemajuan kerjaya mereka.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mempercepatkan pembangunan holistik individu bagi mewujudkan tenaga kerja yang relevan dengan keperluan masa depan, kami memanfaatkan institusi pembelajaran khusus dan platform kami untuk menyediakan peluang kepada bakat kami bagi meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang dalam industri tenaga. Ini termasuk kemahiran kepimpinan dan pengetahuan mengenai industri tenaga secara menyeluruh, melalui:
myLearningX - platform pembelajaran digital untuk pekerja
Kepelbagaian dan Keterangkuman (D&I)
Di mana kita semua bergerak maju bersama di dunia ini./h2>
PETRONAS percaya pada perpaduan melalui kepelbagaian, di mana kami menghargai dan menghormati setiap perbezaan individu menjadi satu. Secar umum, melalui pengalaman, idea, pandangan, dan latar belakang yang berbeza akan mencipta persekitaran kerja yang lebih progresif dan kreatif, bahkan menghasilkan hasil yang lebih baik.
Agenda D&I kami memfokuskan pada empat bidang utama, iaitu Jantina, Umur, Multinasional, dan Budaya.
Jantina
PETRONAS cemerlang dalam mempromosikan kepelbagaian jantina, meningkatkan prestasi dan menjadi inspirasi kepada pihak lain. Organisasi ini membuka ruang untuk semua agar dapat berkembang maju tanpa mengira jantina di masa hadapan.
Sehingga tahun 2023, seramai 29% daripada tenaga kerja dan 31% daripada kepimpinan kanan PETRONAS adalah wanita. Jaringan Wanita Pemimpin PETRONAS (PLWN) merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan merapatkan jurang jantina dalam perniagaan dan operasi.
Umur
PETRONAS menghargai kepelbagaian umur sebagai sebahagian daripada komitmen bagi mewujudkan persekitaran kerja yang terangkum dan dinamik. Kira-kira 45% daripada jumlah tenaga kerja PETRONAS terdiri daripada individu berumur 35 tahun ke bawah.
Kelab Profesional Muda PETRONAS (YPC) adalah sebuah inisiatif yang bertujuan menyediakan platform kepada golongan profesional muda dalam PETRONAS untuk memperluas rangkaian mereka dan mengakses peluang pembelajaran. Kelab ini berhasrat memupuk pertumbuhan dan pembangunan profesional, membantu kakitangan muda mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka.
Multinasional
Kepelbagaian budaya dalam organisasi kami merangkumi lebih 100 kewarganegaraan berbanding tahun sebelumnya.
Majoriti jawatan pengurusan kanan operasi global, dipegang oleh komuniti tempatan negara-negara di mana kami beroperasi.
Budaya
Kami mengakui bahawa tempat kerja yang selamat secara psikologi bukan sahaja memupuk kesejahteraan individu tetapi juga mendorong inovasi, kerjasama, dan kejayaan organisasi secara keseluruhan.
Kajian Budaya Organisasi PETRONAS (POCS) memberikan pihak pengurusan pandangan berharga daripada kakitangan, sejajar dengan komitmen kami untuk memupuk bakat dan menyokong pertumbuhan kerjaya dalam persekitaran yang selamat.
Orang Kurang Upaya (OKU)
PETRONAS komited untuk meningkatkan amalan kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang terangkum dan kondusif, termasuk pengambilan individu neurodivergen dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kami juga secara konsisten mengkaji dan memperbaiki perjalanan bakat secara menyeluruh untuk memastikan sokongan yang setara dan saksama disediakan kepada OKU dan bakat neurodivergen supaya mereka dapat berkembang maju dalam persekitaran kerja.
Kerjasama Luar
PETRONAS memainkan peranan penting dalam bekerjasama dengan organisasi global bagi memajukan aspirasi D&l:
World Business Council for Sustainable Development (WBCSD)