PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Pendekatan Kemampanan

Mewujudkan Nilai Mampan melalui Tadbir Urus Bertanggungjawab

Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, kami percaya bahawa mewujudkan nilai mampan dan mengamalkan tadbir urus yang bertanggungjawab adalah asas kepada daya tahan masyarakat dan organisasi. Pendekatan ini membantu kami memenuhi Strategi Peralihan Tenaga kami, termasuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih, berkembang maju bersama alam, dan memupuk peralihan yang adil.​

Ketahui Selanjutnya

Mencapai Sifar Bersih

Landskap tenaga yang kian berubah memerlukan tindakan segera, didorong oleh cabaran iklim yang semakin mendesak dan meluas. Untuk mencapai Hala tuju Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050, kami akan mengurangkan pelepasan dalam operasi teras kami dan secara serentak melabur dalam peluang baru untuk pertumbuhan perniagaan berkarbon lebih rendah.

Ketahui Selanjutnya

Berkembang Maju Bersama Alam

Alam dan biodiversiti adalah penting untuk mengekalkan kehidupan di Bumi, dan kami mengakui kesan dan kebergantungan operasi kami terhadapnya. Oleh itu, kami komited untuk menggunakan sumber semula jadi secara bertanggungjawab, menggalakkan amalan kitaran, dan menangani kehilangan alam semula jadi dan biodiversiti. Kami akan melibatkan diri dalam amalan yang memulihkan, melindungi, dan memelihara ekosistem di Malaysia dan di negara-negara tempat kami beroperasi.

Ketahui Selanjutnya

Memupuk Peralihan yang Adil

Peralihan tenaga akan berbeza antara negara, tetapi ia haruslah sentiasa inklusif serta bertujuan meningkatkan kemajuan masyarakat umum. Kami komited untuk memajukan peralihan yang adil yang menghormati hak asasi manusia dan memastikan bahawa pihak berkepentingan - terutamanya pekerja, pembekal, dan komuniti kami - mempunyai akses kepada peluang pertumbuhan sosio-ekonomi yang saksama.

Ketahui Selanjutnya


Ketahui Lebih Lanjut Tentang PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots