Hak Cipta © Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)(20076-K).
Hak Cipta Terpelihara.
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, PETRONAS merekodkan pendapatan lebih rendah berjumlah RM343.6 bilion, disebabkan terutamanya oleh purata harga realisasi yang lebih rendah. Ini sebahagiannya diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih baik daripada produk petroleum dan impak tukaran asing.
PETRONAS terus melaksanakan disiplin modal yang tegas dan pengurusan portfolio yang teguh di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran ke arah menyampaikan keselamatan tenaga yang bebas pelepasan serta lestari.
FY2023 (Analisis berbanding FY2022)
Q4 FY2023 (Analisis berbanding Q4 FY2022)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata:
PETRONAS menyaksikan prestasi berdaya tahan pada 2023 ditengah-tengah persekitaran operasi yang tidak menentu. Melangkah ke hadapan, Kumpulan akan terus berpegang kepada disiplin serta pengurusan kewangan yang berhemat, sambil mempertingkatkan pengurangan pelepasan emisi dalam perniagaan teras serta meneruskan penawaran tenaga yang lebih bersih.Kami kekal komited untuk melaksanakan Strategi Peralihan Tenaga selain terus berusaha untuk memastikan kecemerlangan operasi. Kesepaduan bagi kedua-dua cabang ini adalah sangat penting untuk mengembangkan nilai portfolio perniagaan bersepadu kami.
PETRONAS telah membangunkan strategi yang jelas untuk peralihan tenaga. Strategi ini bertujuan untuk memastikan pendekatan yang seimbang dalam menawarkan penyelesaian pengurangan pelepasan sementara kami meletakkan asas untuk sistem tenaga baharu. Merentasi seluruh Kumpulan, kami mencapai kemajuan dalam memenuhi sasaran jangka terdekat syarikat untuk menghadkan pelepasan pada 49.5 juta tCO2e menjelang 2024 untuk operasi domestik.
PETRONAS kekal tekad untuk terus menambah baik ebagai rakan kongsi tenaga serta penyelesaian yang progresif. Untuk tujuan ini, keazaman PETRONAS tetap tidak berubah dalam mencipta nilai jangka panjang yang mampan untuk pihak berkepentingan kami, meskipun kami menuju kepada peralihan ke arah masa depan karbon yang lebih rendah."
Tinjauan
Ekonomi global memasuki tahun 2024 dengan landskap yang lemah berikutan prestasi ekonomi yang kurang memberangsangkan daripada jangkaan menjelang akhir tahun 2023, yang membawa kepada perbelanjaan serta pelaburan yang lebih berhati-hati oleh perniagaan dan pengguna. Di tengah-tengah tekanan makroekonomi ini, pasaran minyak dan gas menghadapi ketidaktentuan disebabkan oleh permintaan global yang lebih perlahan, manakala risiko bekalan meningkat oleh peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan Eropah. Pada masa yang sama, industri tenaga kini sedang mengalami peralihan ke arah penyelesaian yang lebih bersih.
Walaupun berdepan dengan cabaran ini, PETRONAS tetap teguh dalam menegakkan disiplin modal dengan mencapai keseimbangan antara mengukuhkan Perniagaan Teras serta mengambil peluang dalam Perniagaan Baharu, termasuk penyelesaian tenaga bersih, sambil menguruskan pelepasan karbon secara bertanggungjawab selaras dengan Strategi Peralihan Tenaga.
Sebagai syarikat minyak nasional di Malaysia, PETRONAS fokus untuk mempercepatkan pengewangan daripada sumber untuk keselamatan tenaga secara bertanggungjawab sambil memajukan pembangunan projek penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) yang pertama di Kasawari. Di samping itu, PETRONAS terus maju ke arah pentauliahan loji LNG di Kanada serta mempergiatkan projek boleh diperbaharui dan hidrogen yang berpotensi tinggi.