PETRONAS logo with text PETRONAS logo with text

Global

Kemampanan

Penciptaan Nilai Berterusan

PETRONAS menetapkan matlamat untuk mendorong penciptaan nilai perniagaan jangka panjang melalui pelaburan yang bertanggungjawab.

Meneroka Pengeluaran Hidrogen Hijau di Asia

Pada bulan November 2020, PETRONAS menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk kajian bersama teknikal-komersial mengenai pengeluaran hidrogen hijau dan rantaian nilai yang berkaitan. Kolaborasi ini dijangka mampu memberikan cerapan tentang potensi rantaian bekalan hidrogen di Asia. Antara bidang utama dalam perkongsian ini ialah penilaian teknikal-komersial bagi kemudahan pengeluaran hidrogen berskala besar melalui proses elektrolisis dengan menggunakan tenaga boleh baharu yang dibekalkan oleh SEB.

Menjadikan Penyelesaian Lestari Lebih Maju

Bahan api, pelincir, dan cecair berfungsi kami direka bentuk untuk menghasilkan prestasi unggul dalam keadaan yang mencabar. Dibangunkan dan diuji dalam dunia sukan permotoran, produk kami menghasilkan keputusan yang berkesan. Produk tersebut termasuk petrol beroktan tinggi, diesel tanpa sulfur, dan bahan tambahan bahan api serba guna; peningkatan baharu dalam jajaran minyak enjin automotif kami yang paling laris dan pelbagai jenis bio-bahan api lestari dengan penggunaan, pelepasan dan jejak karbon yang lebih rendah. Kami juga mempunyai rangkaian cecair kenderaan bateri elektrik pertama kami, yang menandakan penyertaan kami ke dalam pasaran masa depan. Penawaran PETRONAS Fluid Technology Solutions™ dimungkinkan oleh rakan kongsi dan pakar yang mempunyai visi yang sama seperti PETRONAS. Bersama-sama kami komited untuk menyediakan bahan api, minyak enjin, dan cecair berfungsi yang tercanggih bagi masa depan rendah karbon untuk pengguna akhir yang terunggul.

Produk yang Lebih Baik Setiap Hari dengan Bahan Kimia Khas

Dengan pelaburan sejumlah USD27 bilion di Pengerang Integrated Complex (PIC), kami mendorong inovasi yang boleh dipertingkatkan melalui bahan kimia khas yang akan terus menjana nilai untuk PETRONAS. Sebagai antara pembangunan kilang minyak dan petrokimia yang terbesar di rantau ini, PIC mempunyai kapasiti penyulingan 300 kbpd minyak mentah. PIC juga akan mempelbagaikan kebolehpercayaan bekalan kami daripada gas kepada nafta, serta memperluas portfolio petrokimia kami dengan kapasiti berlabel 3.3 mtpa, sekali gus menghasilkan pelbagai produk termasuk bahan kimia khas. Bahan kimia ini sangat penting untuk penghasilan produk sehari-hari berkualiti yang menambah nilai kepada kehidupan manusia. Kami juga sedang berusaha menjadikan PIC sebagai tapak projek kitar semula kimia pertama di Asia Tenggara, yang akan menukar sisa plastik campuran menjadi polimer kualiti asli.

Menghasilkan Tenaga lebih Bersih untuk Menurunkan Jejak Karbon Global Kami

Melalui pengalaman kami sebagai peserta LNG global bersepadu sepenuhnya, kami menunjukkan komitmen kami kepada kelestarian dengan penyelesaian LNG terapung pertama di dunia pada tahun 2016, PFLNG SATU, iaitu fasiliti bergerak yang mampu memproses LNG ketika berada di luar pesisir. Kemampuannya untuk mencapai medan gas yang terasing hingga kedalaman 200 meter menghilangkan keperluan kepada saluran paip, lantas membolehkan kami menghasilkan tenaga yang lebih bersih sambil melindungi persekitaran. Pada tahun 2020, kami berterusan mendefinisikan masa depan LNG dengan pengenalan PFLNG DUA, iaitu FLNG kedalaman laut pertama di dunia yang mampu mengeluarkan rizab gas hingga kedalaman 1,500 meter di bawah laut. Dilakukan melalui inovasi dengan penekanan kepada pengurangan pelepasan karbon, penyelesaian FLNG kami membolehkan kami membekalkan dunia dengan tenaga lebih bersih yang dihasilkan secara lestari.

Masa Depan yang Lebih Cerah untuk Semua

Menerusi pengambilalihan Amplus Energy Solutions Pte Ltd (M+) pada bulan April 2019, kami telah menempa diri sebagai peserta tenaga boleh baharu antarabangsa, yang melengkapkan kehadiran kami sebagai peserta tenaga utama peringkat global. Dengan M+, PETRONAS akan menjana lebih 600 MWp tenaga boleh baharu setiap tahun untuk menyalurkan tenaga kepada lebih 150 pelanggan komersial dan industri di 200 lokasi merentas India, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Perkembangan ini memperteguh komitmen kami untuk mewujudkan ekosistem lestari, bagi memerangi pelepasan gas rumah hijau dan membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

Fasiliti Masa Depan Dibentuk Semula

Dengan menggunakan bahan-bahan termaju, kami mengoptimumkan dan memperkukuh integriti operasi. Di bawah program Fasiliti Masa Depan (Facilities of the Future, FoF) kami, kami mengautomasikan tugas-tugas berbahaya dan berulang untuk menjadikan pekerjaan luar pesisir lebih selamat dan cekap, sekali gus melindungi kesejahteraan pekerja kami. Penggunaan automasi dan robot juga bererti mengurangkan kos operasi fasiliti luar pesisir kami, dan mencipta cara kerja yang lebih lestari bagi PETRONAS dan rakan kongsi kami.

Mempercepat Inovasi Teknologi

Kami komited kepada pembangunan dan teknologi masa depan yang boleh dipertingkatkan serta ekosistem yang boleh menjadikannya kenyataan. PETRONAS Ventures (dahulunya dikenali sebagai PETRONAS Corporate Venture Capital) ditubuhkan pada tahun 2019, memacu inovasi teknologi untuk mengekalkan keunggulan bersaing PETRONAS dalam persekitaran perniagaan yang bersifat disruptif dan mencabar. Vertikal pelaburan kami memberikan tumpuan pada Industri 4.0, bahan termaju dan kimia khas serta masa depan tenaga.

Kami memulakan penglibatan kami dalam modal usaha niaga melalui pelaburan dalam Braintree Technologies Sdn Bhd dan SOLS Energy Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ialah graduan PETRONAS FutureTech Accelerator 2019, yang bertujuan memberikan sumbangan kepada masa depan ekonomi Malaysia dan ekosistem domestik yang semakin berkembang.

Pelaburan dalam Braintree Technologies menyokong pembangunan perisian robotik dan kecerdasan buatan yang menyediakan penyelesaian pertanian menyeluruh, sekali gus menukar tanah yang tidak menghasilkan pendapatan menjadi ladang tanaman bernilai tinggi melalui pertanian berautomasi. Pelaburan dalam SOLS Energy mengesahkan komitmen kami terhadap tenaga boleh baharu sebagai rakan kongsi penyelesaian. Hal ini membantu memperluas model perniagaan inovatif yang menyediakan tenaga lestari untuk sektor kediaman dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

PETRONAS Ventures akan terus menyokong agenda pertumbuhan perniagaan dan kelestarian PETRONAS melalui pelaburan strategik, perkongsian dan kerjasama, selaras dengan Agenda Kelestarian kami, dalam komitmen kami terhadap Agenda Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) dan Penyataan Tujuan kami sebagai Rakan Kongsi Penyelesaian.


Know more about PETRONAS

 

  • Pelesenan dan Perolehan di Malaysia

    Maklumat mengenai pelesenan dan pendaftaran untuk vendor yang berpangkalan di Malaysia.

    Baca Lebih Lanjut

  • Peluang Kerjaya

    Ayuh maju bersama-sama, dengan alatan dan rangka minda yang tepat. Apabila diperkasakan, segala-galanya boleh direalisasikan.

    Baca Lebih Lanjut

  • Berhubung Dengan Kami

    Daftar untuk mendapatkan kemas kini melalui e-mel dan menjadi yang pertama untuk mengetahui perkembangan terkini PETRONAS.

    Langgan Sekarang

Left footer graphic with PETRONAS Dots Right footer graphic with PETRONAS Dots